Penggunaan sepenuhnya Pay Direct & e- Wallet TnG apps ATAU kembalikan lane tambah nilai

Penggunaan sepenuhnya Pay Direct & e- Wallet TnG apps ATAU kembalikan lane tambah nilai

0 have signed. Let’s get to 100!
At 100 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!
Nisa Yusof started this petition to Kementerian Kerja Raya and

1. Platform untuk reload Touch 'N Go (TnG) masih tidak disediakan di merata tempat, pengguna perlu mencari kedai fizikal untuk reload dan ada masa sistem TnG offline; menyukarkan urusan pengguna. Kami minta agar pilihan reload menggunakan apps seperti e-Wallet lain diwujudkan (Boost, Grabpay, Shopee Pay), lebih efisien dan memudahkan urusan semua orang. 

2. Seterusnya, jika pilihan reload melalui apps (e-wallet) sudah boleh digunakan oleh pengguna, sistem Pay Direct sepatutnya perlu disediakan dan boleh digunakan secara menyeluruh pada semua plaza toll yang berfungsi, lebih menjimatkan masa dan tidak merumitkan.

3. Jika pihak lebuhraya belum bersedia untuk mengaplikasikan sistem Pay Direct/RFID secara menyeluruh, sila wujudkan semula lorong tambah nilai seperti sebelum ini. Lebih mudah dan menjaga keselamatan para pengguna lebuhraya.

4. Pengguna digalakkan untuk merancang perjalanan tetapi kerap kali berlaku situasi di mana jumlah yang sudah ditambah nilai masih tidak mencukupi.

5. Malaysia sedang menuju ke arah 'cashless transaction' dalam pelbagai urusan harian. PLUS terutamanya, dan TnG perlu bergerak dan bertindak menyediakan servis dan kemudahan yang memenuhi keperluan pengguna, bukan menyukarkan lagi penggunaan servis yang disediakan dengan macam-macam syarat dan pilihan yang tidak dapat diakses oleh semua rakyat, auto reload menggunakan Zinc Card misalnya. Tidak semua orang mempunyai akses kepada kad kredit. 

6. Kami mendesak Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pengguna Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memastikan suara rakyat didengari dan mengambil langkah segera untuk membantu menyelesaikan masalah pengguna PLUS Highway terutamanya. Sistem sedia ada yang sedang digunapakai oleh PLUS Highway adalah amat membebankan kami sebagai pengguna. Kami mendesak campur tangan pihak kerajaan untuk menyelesaikan masalah yang tidak berkesudahan ini. 

0 have signed. Let’s get to 100!
At 100 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!