SETUJU PRESIDEN PERSATUAN SEPAK TAKRAW MALAYSIA PSM DATUK AHMAD LETAK JAWATAN

0 have signed. Let’s get to 5,000!


Kenapa kena boikot PSM? Kenapa boikot STL? Dah tu nanti takde la takraw di TV?
Tujuan boikot adalah untuk menunjuk protes kepada pihak yang tidak mengambil tindakan meski pelbagai maklumbalas telah diberikan.

Kenapa boikot PSM?
Kerana PSM setakat hari ini masih gagal, dan akan terus gagal dalam membela nasib sepaktakraw negara jika kepimpinan PSM terus dikepalai oleh orang yang sama.

Kenapa boikot STL?
Kerana STL menyebabkan PSM besar kepala. STL menyebabkan PSM mempunyai talian hayat untuk terus menyebabkan sepaktakraw Malaysia dipandang hina. PSM meraih laba dari STL meski fungsi PSM hanyalah minimum.

Adakah siaran sepaktakraw di TV akan pupus jika STL diboikot?
Tidak. Kerana tekanan ini adalah agar pihak ASTRO mendengar suara ramai yang benci dengan PSM. Sekiranya ASTRO memahami mesej ini, pihak ASTRO akan mencari jalan lain untuk menyiarkan sepaktakraw yang sudah pasti mengangkat rating mereka dengan tidak lagi bekerjasama dengan PSM.

Wajar diingat bahawa siaran sepaktakraw di ASTRO meletup ketika KFC - Utusan yang mana PSM hanya sekadar menyediakan pengadil perlawanan sahaja.

Anda tidak mahu boikot?
Terpulang. Kami hormati pendirian anda.
Cuma yang pasti, jika anda tidak mahu bersama kami bermakna anda bersama Ahmad Ismail dan konco - konconya yang sedang merosakkan sepaktakraw negara.

Anda ingin jadi perosak? Silakan...