Kelonggaran SOP Bermain Sukan Badminton

Victory

Kelonggaran SOP Bermain Sukan Badminton

This petition made change with 6,484 supporters!
Hypersmash Badminton Club started this petition to Kementerian Belia & Sukan (KBS) and

Selepas perbincangan mengenai masalah SOP sukan badminton bersama bekas pemain Malaysia (BAM) iaitu Roslin Hashim (Roslin Hashim Badminton Academy), Nik Ahmad Faiz (Nikman Sports) & Jeremy Valberg (Pengusaha Victor Arena Rawang) di Instagram LIVE pada Jumaat 07/05/2021, kami bersetuju untuk membuat petition mengenai kelonggaran SOP sukan badminton kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia.

  • Aktiviti sukan badminton tidak pernah tersenarai di dalam mana-mana kluster Covid 19.
  • SOP bermain sukan badminton secara perseorangan amat sukar buat pemain badminton muda mahupun veteran dari segi stamina dan sebagainya. Terdapat ramai pemain badminton awam tidak ingin bermain jika SOP perseorangan dibenarkan. 
  • Pengusaha dewan badminton juga akan turut terjejas kerana tiada pemain yang ingin bermain secara perseorangan dan jika aktiviti sukan badminton tidak dapat dimain. Dengan harga sewa dewan badminton sekitar RM5,000/sebulan (Bergantung pada kawasan & jumlah gelanggang sesebuah dewan) amat sukar untuk menampung cost tersebut. Tidak termasuk dengan jumlah stok barangan badminton yang tidak terjual.
  • Seperti yang kita semua tahu, aktiviti sukan badminton ini adalah sukan yang tidak bersentuhan. Jadi kami ingin memohon kepada pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia untuk melonggarkan SOP badminton untuk bermain secara beregu serta menghadkan jumlah pemain dalam 1 gelanggang. (Contoh SOP sebelum ini, boleh bermain secara beregu tetapi hanya 1 gelanggang dibenarkan dengan 6 pemain sahaja).
  • Dengan adanya kelonggaran SOP sukan badminton dan memberi kami untuk bermain badminton, kami percaya bahawa ramai pemain awam diluar sana akan kembali gembira untuk beriadah bersama dan pengusaha dewan badminton akan memantau segala SOP akan di ikuti bersama. Seperti yang saya sebut di atas, aktiviti sukan badminton tidak pernah tersenarai di dalam mana-mana kluster Covid 19.

Kami meminta perhatian serius terhadap Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia agar dapat melonggarkan SOP aktiviti sukan badminton seperti SOP sebelum ini.

#MajulahSukanUntukNegara
#SukanUntukSemua
#SukanPemangkinPerpaduanNegara
#AmalkanGayaHidupSihat

Victory

This petition made change with 6,484 supporters!

Share this petition