KEKALKAN FUNGSI IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN BATU PAHAT (IPGKTHO) SEBAGAI PUSAT LATIHAN GURU

0 have signed. Let’s get to 5,000!


Dahulunya IPGKTHO dikenali sebagai Maktab Batu Pahat (MPBP). Seiring dengan perubahan dalam sistem pendidikan Negara, pada 1 April 2006, MPBP telah dinaik taraf kepada Institut Perguruan Tun Hussein Onn. Transformasi pendidikan Negara telah sekali lagi menukar nama institusi ini dan kini ianya dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn (IPGKTHO). IPGKTHO terletak di tapak seluas 60 ekar di Km 7.75, Jalan Kluang, Batu Pahat Johor.  Pembinaannya oleh LBH Construction dibiayai oleh Bank Dunia dimulakan pada tahun 1987 dengan kos pembiayaan lebih 20 juta ringgit siap pada bulan April 1992. Penyerahan rasmi oleh pihak LBH Construction kepada Kementerian Pendidikan Malaysia disempurnakan pada 19 Mei 1992. Institut yang amat indah ini dirasmikan oleh YAB Dato’ Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 10 September 1994. IPGKTHO telah mencapai usia 25 tahun telah banyak menyumbang ke arah pembangunan komuniti dan menjadi pusat rujukan komuniti setempat, seluruh Malaysia juga antarabangsa.

Namun dalam bajet 2017, 9 kampus Institut Pendidikan Guru (IPG) akan dijadikan kampus Politeknik, Kolej Vokasional, Pintar PERMATA dan pusal latihan jurulatih pendidikan teknikal dan vokasional (TVET). 9 kampus IPG tersebut  termasuklah IPG Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat.

JUSTIFIKASI PENGEKALAN FUNGSI IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN (IPGKTHO)

1. Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2008) menyatakan hanya maktab perguruan yang diberi pengiktirafan sebagai pusat latihan perguruan dan IPGKTHO merupakan antara institut yang disenaraikan sebagai pusat latihan perguruan.

2. Pelan ‘New IPG’ yang sedang dilaksanakan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) belum sepenuhnya dapat diimplementasikan dan memperoleh hasilnya.

3. IPGKTHO telah mendapat pengiktirafan Penarafan enam bintang (Star Rating) dan antara lima IPG terbaik dalam kalangan 27 IPG lain.

4. Kebitaraan Reka Bentuk Teknologi dalam bidang teknikal dan vokasional di peringkat sekolah rendah.

5. IPGKTHO telah dicadangkan oleh Konsultan yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjadi ‘flag ship’ zon selatan. Konsultan yang dilantik ini adala bertaraf antarabangsa dan cadangan menjadi ‘flag ship’ adalah berdasarkan kajian yang dijalankan secara profesional dengan memakan belanja jutaan ringgit.

6. Pencapaian pelajar adalah antara yang tertinggi dalam kalangan IPG di Malaysia.

7. Negara kita menuju ke arah pendidikan Technical Vocational Education Training. Seharusnya IPGKTHO merupakan satu daripada empat buah IPG yang terlibat secara langsung melatih guru-guru vokasional untuk keperluan negara.

8. Kertas cadangan pemerkasaan Technical Vocational Education Training yang menunjukkan pentingnya peranan dan fungsi IPGKTHO dikekalkan.

9. IPGKTHO mempunyai pensyarah-pensyarah pendidikan guru yang mempunyai kepakaran dalam bidang Technical Vocational Education Training seperti bidang Pertanian, Keusahawanan, Elektrik dan Elektronik, Kejuruteraan Awam, Mekanikal, Teknologi Maklumat, Teknologi Perabot dan Automotif dan telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Kementerian Sumber Manusia (mempunyai pensijilan Vocational Training Manager dan Sijil Kemahiran Malaysia). Justeru itu Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional IPGKTHO dan Kolej Vokasional kini sedang dalam proses untuk melatih bakal-bakal guru kolej Vokasional di IPGKTHO.

10. IPGKTHO mempunyai program kolaborasi dengan universiti tempatan dan antarabangsa seperti Open University, UNISEL dan Canterbury Christ Church University United Kingdom (menerima pelajar UK setiap tahun).

11. Cadangan penubuhan Sekolah dalam Institut (Teaching School) di IPGKTHO telah diluluskan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan mendapat sokongan penuh dari jabatan dalam Kementerian Pendidikan Malaysia.

12. Pusat Sumber IPGKTHO adala pusat rujukan sistem perolehan buku, penyemakan data buku, kemudahan infrastruktur kepada IPG seluruh Malaysia, menjadi rujukan pelajar universiti dan juga sekolah-sekolah di Daerah Batu Pahat.

13. Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional IPGKTHO menjadi rujukan kepada IPG lain yang ada menawarkan pendidikan Reka Bentuk Teknologi dan sekolah-sekolah rendah yang melaksanakan mata pelajaran Reka Bentuk Teknologi.

14. IPGKTHO kini sedang melatih guru-guru bagi opsyen Reka Bentuk Teknologi Jenis Kebangsaan Cina yang bakal ditempatkan di sekolah-sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di seluruh negara.

15. IPGKTHO juga telah dipilih sebagai institusi pendidikan guru yang telah melatih guru-guru tahfiz Ulul Albab iaitu bagi kemasukan Mac 2017.

Sebagai ALUMNI IPGKTHO kami menyokong penuh agar kampus pendidikan ini dikekalkan fungsinya kerana kewujudannya memberikan terlalu banyak manfaat kepada warga pendidikan. Jika kampus ini ditutup, ia memberikan gambaran penurunan status atau ‘downgrade’ daripada bertaraf pengeluar Ijazah yang diiktiraf menurun kepada pengeluar diploma. Sebagai kesimpulan, langkah menukar Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn kepada Kolej Vokasional adalah sesuatu yang tidak bijak malah merugikan. Dengan manifesto Pakatan Harapan yang prihatin terhadap bidang pendidikan, IPG Kampus Tun Hussein Onn masih releven terus beroperasi bagi memenuhi keperluan pendidikan pada masa depan Malaysia yang dicintai.



Today: ALUMNI is counting on you

ALUMNI IPGKTHO needs your help with “KEKALKAN FUNGSI IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN BATU PAHAT (IPGKTHO) SEBAGAI PUSAT LATIHAN GURU”. Join ALUMNI and 2,636 supporters today.