Justice for Sam Ke Ting 沈可婷

Justice for Sam Ke Ting 沈可婷

0 have signed. Let’s get to 1,000,000!
At 1,000,000 signatures, this petition becomes one of the top signed on Change.org!
Muhammad Affin started this petition to Mahkamah Rayuan Malaysia (Court of Appeal Malaysia)

Keadilan perlu ditegakkan walaupun pahit dan pedih!!!

Malang tidak berbau - tiada siapa-siapa yang hendak kemalangan berlaku. Lebih-lebih lagi kemalangan yang mengorbankan jiwa muda.


Tak dapat nafi akan ada emosi dalam kes ini, tapi keadilan perlu ditegakkan. Kebenaran dan fakta tidak boleh diketepikan.


Peristiwa tragis itu berlaku di jalan raya selepas jam 3 PAGI. Jalan raya untuk kereta bukan untuk basikal lajak. Jauh lagi untuk kanak-kanak di bawah umur secara sendiri.


Pemandu Cik Sam Ke Ting telah disahkan MEMATUHI had laju semasa kejadian oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS). (Rujukan: https://www.utusan.com.my/.../basikal-lajak-jurujual.../
)


Basikal mangsa kemalangan merupakan jenis basikal lajak (basikal yang diubahsuai) yang tidak dibenarkan.


Saya tidak faham kenapa kerajaan membuat rayuan walaupun Cik Sam sudah DUA kali dibebaskan mahkamah pada tahun 2019 dan 2021 dan pernah didapati bahawa pihak Pendakwaan tidak berjaya membuktikan kes prima facie.


Kita berasa sedih yang amat sangat atas kemalangan jiwa, dan tak kira macam mana pun, nyawa terkorban tidak dapat hidup semula. Ahli keluarga mangsa akan menanggung kehilangan besar ini seumur hidup mereka.
Namun, ini tidak bermakna kita boleh memangsakan orang lain.

Keadilan mesti juga ditegakkan walaupun pahit dan pedih.

司法不公,天理何在!!

正義必勝

0 have signed. Let’s get to 1,000,000!
At 1,000,000 signatures, this petition becomes one of the top signed on Change.org!