500 RIBU RAKYAT TUNTUT TUBUH RCI SIASAT DAKWAAN KETUA POLIS NEGARA TERHADAP AHLI POLITIK

500 RIBU RAKYAT TUNTUT TUBUH RCI SIASAT DAKWAAN KETUA POLIS NEGARA TERHADAP AHLI POLITIK
Why this petition matters

KAMI, RAKYAT MALAYSIA, merafak sembah dan memohon kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu untuk memperkenan dengan menubuh Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) yang di anggotai oleh pegawai yang profesional dan berintegriti bagi menyiasat dakwaan yang telah dinyatakan secara terbuka oleh Tan Sri Abdul Hamid Bador, Ketua Polis Negara pada 30 April 2021 lalu secara telus, adil dan lancar.
Dakwaan yang dinyatakan telah menimbulkan keraguan, rasa tidak selesa dan ketakutan rakyat apabila PDRM yang merupakan agensi penguatkuasa paling penting dan kritikal buat negara dicemari dengan "unsur politik".
Selain itu, beliau turut mendakwa bahawa amalan rasuah di kalangan pemimpin politik (membeli sokongan ahli parlimen, mengugut), salah guna kuasa semasa berkhidmat berlaku secara berleluasa.
Ini akan memberikan kesan yang amat negatif kepada keselamatan, ekonomi negara serta memberi imej yang buruk di mata masyarakat antarabangsa. Keadaan ini juga secara tidak langsung menghakis kesucian sistem demokrasi dalam negara.
DENGAN INI, KAMI, RAKYAT MALAYSIA
Dengan rendah hati, ingin merayu kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Duli-Duli Maha Mulia Raja-raja Melayu untuk mempertimbangkan sembah rayuan ini bagi kembalikan nilai dan budaya politik yang sihat di negara ini, sekaligus membersihkan negara dari pemimpin rasuah dan penyalah guna kuasa yang merugikan masa depan demi mempertahankan negara tercinta.