BANTAHAN PERTUKARAN TEMPAT BAZAR RAMADHAN KE TAPAK PASAR MALAM PUNCAK ALAM.

0 telah menandatangani. Mari kita ke 100.


 Persatuan Penduduk Puncak Alam Fasa 2 (PPPAF2) ingin menjemput kepada semua penduduk di Kariah Fasa 2 untuk menyertai petisyen bantahan yang dibuat berhubung cadangan untuk memindahkan bazar Ramadhan Fasa 2 ke tapak Pasar Malam Puncak Alam yang ingi dibuat oleh Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS)

KENAPA BANTAHAN INI DIBUAT?

1- Secara amnya tiada bantahan (dari segi kesesakan lalu lintas) dari pendyduk fasa 2 terhadap bazar Ramadhan yang lama.

2- Penduduk dah selesa bazar ramadhan di lokasi sedia ada sejak dulu lagi

3- Lokasi lama sudah sinonim dengan kaunter zakat fitrah setiap tahun

4- Berdekatan dengan surau senang untuk peniaga solat

5- berdekatan dgn perumahan. Ini memudahkan suri rumah atau anak-anak utk membeli juadah memandangkan suami/ ibu bapa yg lewat sampai ke rumah dari tempat kerja.

6-Sebahagian besar pembeli dikalangan penduduk Fasa 2.

7-Berdekatan dengan kedai runcit dan mudahkan penduduk untuk nembeli barang runcit

8-Kawalan keselamatan oleh Biro keselamatan KRT Fasa 2 menjadi lebih mudah dan terkawal..

9- Mudah bg pelajar2 Uitm yang menyewa di fasa 2 dan tidak mempunyai kenderaan untuk membeli juadah.

10 . Rezeki para jemaah Surau Al Furqan dapat juadah buka puasa dan moreh dari peniaga-peniaga bazar Ramadhan

 

 

NASHARUDDIN B. SALLEH

(Presiden PPPAF2)