Wujudkan 7 Hari Cuti Paterniti untuk Keluarga di Malaysia

Victory

Wujudkan 7 Hari Cuti Paterniti untuk Keluarga di Malaysia

This petition made change with 48,742 supporters!
Women's Aid Organisation started this petition to Datuk Seri M. Saravanan (Menteri Sumber Manusia) and

Kini, bapa-bapa di Malaysia tidak dijamin sebarang cuti paterniti bila anak baru dilahirkan.

Kementerian Sumber Manusia telah mencadangkan untuk meminda Akta Kerja, dengan mewujudkan 3 hari cuti paterniti.

Ini tidak mencukupi. Bapa-bapa memerlukan masa yang lebih panjang untuk bersama dengan bayi baru dan isteri.

Oleh itu, kami menyeru Menteri Sumber Manusia untuk mewujudkan sekurang-kurangnya 7 hari cuti paterniti untuk pekerja sektor swasta. Tempoh 7 hari adalah sama seperti yang dinikmati oleh pekerja sektor awam.

Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mendapat perhatian bapa mempunyai perkembangan kognitif, emosi dan sosial yang lebih baik, serta pencapaian akademik yang lebih cemerlang.

Pengenalan cuti paterniti juga akan menyampaikan mesej bahawa penjagaan anak adalah tanggungjawab bersama ibu dan bapa. Perubahan norma masyarakat ini akan membantu wanita untuk kekal dalam pasaran kerja.

Institut Kajian Khazanah menganggarkan lebih 2.5 juta wanita di Malaysia tidak bekerja kerana “kerja rumah atau tanggungjawab keluarga” — berbanding dengan hanya 69,800 lelaki. Menurut Bank Dunia, sekiranya jurang gender dalam penglibatan pasaran kerja ditutup, pendapatan per kapita di Malaysia dijangka meningkat 16 peratus.

Cuti paterniti telah menjadi kebiasaan di peringkat global. Menurut laporan Pertubuhan Buruh Antarabangsa, 79 daripada 167 negara mempunyai undang-undang yang menjamin cuti paterniti. Filipina dan Singapura mempunyai dua minggu cuti paterniti berbayar. Sudah tiba masanya untuk Malaysia bergerak ke hadapan juga.

Kami menyeru Menteri Sumber Manusia untuk memperkenalkan sekurang-kurangnya 7 hari cuti paterniti di sektor swasta!

------------

Currently, working fathers in Malaysia are not legally entitled to any paternity leave. 

The Ministry of Human Resources has proposed amending the Employment Act to introduce 3 days of paid paternity leave.

This is not enough. Fathers need more time to care for their newborn and wife.

Thus, we urge the Ministry of Human Resources to introduce at least 7 days of paternity leave in the private sector. This is what fathers in the public sector currently enjoy.

Various studies show that children with involved fathers have better social, emotional and cognitive development, and perform better in school.

Introducing paternity leave also sends the message that caregiving is a shared responsibility. Such changes in social norms would help women stay in the workforce. 

The Khazanah Research Institute estimates that a whopping 2,563,800 women in Malaysia were not working due to “housework or family responsibilities” – compared to just 69,800 men. A 2012 World Bank report estimates that if Malaysia were to eliminate the gender gap in workforce participation, income per capita could increase by 16 per cent. 

Many countries have paternity leave. According to a 2014 International Labour Organization report, 79 out of 167 countries have laws that provide paternity leave. The Philippines and Singapore have two weeks of paid paternity leave. It is time for Malaysia to move forward as well.

Call upon the Ministry of Human Resources to introduce at least 7 days of paternity leave in the private sector!

Victory

This petition made change with 48,742 supporters!

Share this petition