Penduduk Kampung Delima TIDAK PERLUKAN Jalan Sibu!

Penduduk Kampung Delima TIDAK PERLUKAN Jalan Sibu!
Why this petition matters
Tujuan petisyen ini dibuat adlh bagi menyatakan SUARA penduduk Kg.Delima yg terlibat akibat pembangunan bercampur pada Kolam Takungan Banjir Delima, Nanyang & Tmn Wahyu yg telah diluluskan pada 09 Oktober 2015 kepada sebuah developer dan kawasan sekitar Kg Delima oleh Pjbt Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTGWPKL) dimana ianya menjejaskan kehidupan social, kerharmonian, keselesaan dan keselamatan penduduk Kampung Delima Mukim Batu WPKL.
Pada mulanya, Jabt Pelan Induk DBKL Ruj. (73) dlm DBKL.JPI.200/222/4 Bhg.2 pada 21hb Mei 2006 telah mengadakan Perbincangan Kumpulan Fokus (FGD) dan membentangkan Pelan Tempatan Kuala Lumpur telah memuktamadkan cadangan Kawasan Batu/Jinjang Ponds sebagai Zon Pemanpan dan Rekreasi bagi menuju tahun 2020.
Namun, sebahagian tanah Kolam Takungan Banjir Delima telah diambil oleh MRT2 serta tanah telah dibeli oleh Sun & Son Sdn Bhd anak syarikat Utusan Malaysia pada 21.10.2016 drpd kerajaaan melalui PTGWPKL.
Penduduk yg telah dipindahkan tertipu kerana akhirnya tanah mereka diambil utk pembangunan bercampur bukan tujuan Kolam Takungan Banjir dan Kawasan Riadah seperti yang dijanjikan kerajaan dlm rundingan.
Pertambahan Penduduk di kawasan Pembangunan Bercampur mengakibatkan kesan kesesakan trafik dan keharmonian penduduk diganggu. Kemudahan bersosial seperti dan ruang beriadah telah dinafikan oleh kerajaan dan terpaksa dihapuskan.
Kerajaan melalui PTGWP dan DBKL membazir wang rakyat dgn mengambil tanah di Lot 778 dengan alasan kegunaan JPSWPS tetapi dijual pada pemaju dan menyerahkan tanah tersebut untuk cadangan pembinaan jalan raya 4 lorong untuk penduduk mewah yang menduduki Kondominium LakeVille dengan mengetepikan keselesaan penduduk Kg Delima.
Kolam takungan banjir yang sepatutnya diselenggara oleh JPSWP telah diambilalih oleh Lake City KL North dimana isipadu ruangan takungan air yang cetek yg tidak lagi diselenggara secara berkala oleh pemaju menyebabkan limpahan dan banjir sering berlaku.
Pada 13 September 2020, banjir pertama telah berlaku akibat limpahan air dari kolam takungan banjir ini yang telah merosakan infrastrutur awam di Kg Delima.
Pada 18-19 Disember 2021, banjir kedua telah berlaku dengan lebih dashat akibat limpahan air dari kolam takungan banjir ini yang telah merosakan infrastrutur awam dan 21 keluarga di Kg Delima.
KAMI menolak cadangan pemaju Enchanting Heights Sdn.Bhd.- Mah Sing Group (Pemaju Kondominium Lake Ville) dan DBKL utk meneruskan Jalan Pintas 4 Lorong yang menyambungkan Jalan Sibu 1 Taman Wahyu Ke Jalan Kepong Lama Kg. Delima dan dicadangkan membina jambatan atau lencongan dibuat dari Jalan Sibu terus ke Jalan Kepong Baru/Jinjang.
Penduduk Kg Delima mendesak dan memohon jasa baik pihak Kerajaan melalui Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Pejabat Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dapat mempertimbangkan tuntutan dan cadangan ini demi mengekalkan keharmonian kehidupan masyarakat di Kampung Delima.
Tuntutan ini agar DBKL memastikan kehidupan masyarakat selesa seperti yang diperuntukan dibawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta172) dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) sebagai pihak berkuasa perancang tempatan yang diberi peranan untuk merancang dan mengawal kawasannya bersesuaian dengan kondisi setempat.
Terima Kasih.
*Artikel ini disediakan berdasarkan Memorandum Tuntutan dan Cadangan Bil.01.01/2022 bertarikh 28 Jan 2022 oleh JKKK Kg.Delima, Parlimen Batu Wilayah Persekutuan.
*Sertai komuniti kami di Muafakat KAMPUNG DELIMA���
https://www.facebook.com/groups/muafakatkampungdelimajalankepong/