PIHAK KPT DAN IPT DIMINTA MENANGGUHKAN KEMASUKAN PELAJAR KE KAMPUS BAGI SESI OKTOBER

PIHAK KPT DAN IPT DIMINTA MENANGGUHKAN KEMASUKAN PELAJAR KE KAMPUS BAGI SESI OKTOBER

0 have signed. Let’s get to 10,000!
At 10,000 signatures, this petition is more likely to get a reaction from the decision maker!
anon uitm started this petition to Minister of Higher Education Malaysia (Dato' Dr Noraini Ahmad)

Dalam tempoh 2 minggu, kes Covid-19 di Malaysia masih kekal berada di angka 20,000 lebih setiap hari dan ini menunjukkan negara masih berada dalam angka yang tinggi iaitu secara purata 19,847 kes seminggu. Angka kes covid yang masih kekal sebegini membimbangkan para pelajar serta masyarakat untuk meneruskan beberapa aktiviti secara fizikal seperti Kemasukan Pelajar secara fizikal untuk sesi pembelajaran bermula Oktober ini.

Pihak KPT dan IPT diminta agar membuat satu ketetapan yang bersesuaian untuk tempoh kemasukan pelajar ke kampus bagi sesi Oktober ini supaya kesilapan seperti sebelum ini tidak berulang kembali yang akibatnya menyukarkan para pelajar dan juga pihak ibubapa untuk menghantar anak ke kampus.

Hal ini demikian kerana terdapat pelbagai kekangan dan cabaran yang dihadapi oleh masyarakat di negara terutama para pelajar dalam menghadapi pandemik ini.

Antara masalah yang sering dikemukan adalah “masalah kewangan”. Kemasukan Pelajar ke kampus akan memerlukan beberapa kos untuk dibayar seperti yuran kolej dan perbelanjaan yang akan dibelanja oleh pelajar.

Selain itu, perkara yang perlu dibimbangkan adalah sekiranya pembelajaran secara fizikal dilakukan pada masa ini yang berkemungkinan menyebabkan kes Covid-19 meningkat.

Justeru itu pihak KPT dan IPT diminta agar mempertimbangkan Kemasukan Pelajar untuk sesi Oktober ini supaya ditangguhkan.

0 have signed. Let’s get to 10,000!
At 10,000 signatures, this petition is more likely to get a reaction from the decision maker!