Kami Menyokong Ku Li dan Mohamad Hassan

0 have signed. Let’s get to 100!


Kembalikan image Melayu/Islam, Kedaulatan Raja, tiada LBGT.

Kami Menyokong Ku Li dan Mohamad Hassan

PADA Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14), 9 Mei lalu, UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan yang teruk dan memalukan kepada pembangkang Pakatan Harapan.

Kekalahan itu menyebabkan lapan negeri dan Kerajaan Persekutuan telah bertukar tangan, daripada BN kepada kerajaan baharu Pakatan Harapan.

Kekalahan UMNO dan BN ini dikatakan berpunca daripada pemimpin-pemimpinnya yang sentiasa berada dalam keadaan selesa, sombong, ego dan bongkak, dan langsung tidak mempercayai laporan badan bebas bahawa UMNO dan BN boleh kalah kepada seorang pemimpin tua berusia 92 tahun.

Kerakusan pemimpin UMNO/BN memerintah tanpa memikirkan kos sara hidup rakyat dengan memperkenalkan GST dan melaksanakan mekanisma harga petrol dan diesel secara mingguan menyebabkan rakyat rasa tertekan dan sepakat menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Kini, UMNO menanggung daripada sikap tamak haloba pemimpin yang mementingkan diri, selain gagal membendung kegiatan rasuah yang berleluasa, menteri yang tidak berjiwa rakyat, pemimpin-pemimpin UMNO di peringkat pusat, negeri dan bahagian yang tidak cakna dengan permasalahan rakyat.

Walaupun Datuk Seri Najib meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO atas alasan sebagai bertanggungjawab atas kekalahan itu, ia tidak cukup untuk memulihkan UMNO dalam tempoh terdekat ini, lebih lagi jawatan itu dipangku oleh seorang Naib Presiden yang menjalankan tugas Timbalan Presiden, akibat pemecatan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dari UMNO.

Imej UMNO sudah banyak tercalar akibat daripada kesilapan pemimpinnya. Dan sesi pemilihan pucuk pimpinan pada 30 Jun ini juga bakal menentukan sama ada UMNO masih ditakuk lama atau ada pembaharuan dari segi kepimpinan.

Dalam keadaan rakyat, termasuk ahli UMNO menolak kepimpinan terdahulu, justeru, UMNO mula membuka kepada sesiapa sahaja untuk bertanding merebut jawatan Presiden, tanpa dikenakan kuota atau syarat tertentu sebagaimana sebelum ini.

Dan, setakat ini Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah menawarkan diri bertanding jawatan nombor satu itu, diikuti Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan dan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mencalonkan diri mereka untuk merebut jawatan Timbalan Presiden.

Umum melihat daripada senarai calon ini, hanya Mohamad Hassan layak untuk jawatan Timbalan Presiden, manakala Ahmad Zahid Hamidi masih tidak diterima oleh rakyat mahupun ahli UMNO untuk memikul tanggungjawab sebagai Presiden.

Antara yang layak berganding bahu dengan Mohamad Hassan ialah Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Hanya beliau yang dapat memberi saingan sengit kepada Pakatan Harapan yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad. Tetapi malangnya, sehingga hari ini Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li belum membuat sebarang kata putus.

Namun, sudah ada beberapa rombongan mewakili rakyat Malaysia dan UMNO khususnya mengadakan pertemuan, untuk memujuk beliau supaya mengepalai parti. Kalau beliau enggan menerimanya, maka impian rakyat dan ahli UMNO untuk melihat parti pulih seperti sedia ada, bakal berkubur.

Justeru, sebagai tanda solidariti rakyat Malaysia dan ahli UMNO keseluruhannya, maka, kami mendesak Ku Li supaya menerima cabaran untuk bertanding jawatan Presiden dan dalam keadaan rakyat menolak Ahmad Zahid, sudah tentu Tengku Razaleigh pilihan utama kami.

Setakat ini, tidak ada gambaran lain yang lebih layak menduduki kerusi nombor satu UMNO, selain Tengku Razaleigh. Beliau memiliki imej Melayu dan Islam yang tulen, selain usahanya selama ini membela nasib orang Melayu dan menjaga Kedaulatan Raja.

Ku Li juga satu-satunya pemimpin yang disegani kawan dan lawan dan beliau kekal sebagai seorang pemimpin yang tidak rasuah, tidak ada sebarang skandal dan seorang yang beriman kepada agama Islam.

Justeru, marilah kita sepakat untuk memberi sokongan kepada Ku Li agar beliau menerima rayuan rakyat dan ahli UMNO, dengan menerima tawaran untuk bertanding jawatan Presiden UMNO.

Sama-samalah kita memberi undi dan sokongan kepada petisyen ini, agar Tengku Razaleigh mengetuai UMNO dan memulihkan semula parti keramat Melayu ini.



Today: rahman is counting on you

rahman aziz needs your help with “Kami Menyokong Ku Li dan Mohamad Hassan”. Join rahman and 6 supporters today.