Justice for Local Candidate

Justice for Local Candidate

Started
13 May 2022
Signatures: 71Next Goal: 100
Support now

Why this petition matters

Petition ‘Justice for Local Candidate’ in DUN SRI TANJUNG PORT DICKSON. Adakah anda bersetuju? 

Petisyen ini bertujuan memohon parti politik untuk menampilkan calon anak tempatan yang menjadi keutamaan dan kehendak para pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Tanjung Port Dickson pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke-15. 

Kebanyakan mereka berpandangan bahawa anak tempatan merupakan individu yang paling memahami ‘jiwa’ rakyat dan masalah yang dihadapi masyarakat setempat selain ingin seseorang pemimpin yang akan mewakili mereka yang mempunyai sifat rendah diri, mempunyai hubungan baik dengan masyarakat dan sentiasa menyantuni semua pengundi. Tambahan pula, strategi parti meletakkan calon tempatan akan memberikan kelebihan dan membuahkan hasil menyumbang kepada pembentukan kerajaan Negeri oleh BN. Penganalisis politik juga menrungkai faktor kekalahan BN selama tiga penggal di Dun Sri Tanjung Port Dickson sebelum ini adalah berikutan calon yang ditampilkan bukan anak tempatan.

Pengundi kini lebih arif tentang perkembangan politik tempatan dan mempunyai kepakaran memperolehi informasi terkini menerusi media sosial dengan pantas. Sebagai pengundi tempatan, kami juga menyokong keputusan muktamad parti-parti komponan BN membawa usul menampilkan calon tempatan untuk DUN Sri Tanjung.

Lantaran itu, kami pengundi-pengundi tempatan DUN Sri Tanjung Port Dickson mencadang dan menyokong penuh seorang bakal calon yang popular di kalangan pengundi berbilang kaum,  berjiwa rakyat, yang mampu meraih keyakinan dan kepercayaan pengundi tempatan serta mempunyai gaya kepimpinan dari segi karisma dan kredibiliti iaitu saudara Mohanadas (Ketua Cwn MIC, Ahli Exco MIC Negeri, Bekas Ketua Pemuda MIC Bhg. PD., Bekas Bendahari Pemuda MIC Kebangsaan, Bekas Pegawai JASA Dun Sri Tanjung – Kementerian Komunikasi & Multimedia) seorang anak tempatan dipilih sebagai bakal calon  (Potential Winnable Candidate) DUN Sri Tanjung Port Dickson.

Mohon jasa baik pengundi-pengundi menyokong menandatangani petisyen ini dengan klik  ‘ sign now’. 

Terima kasih terhadap sokongan anda.  Thank you for your support!

தங்கள் ஆதரவுக்கு நன்றி. 谢谢你的支持

Support now
Signatures: 71Next Goal: 100
Support now