Permohonan kenaikan gred bagi jawatan Ketua Panitia matapelajaran di bawah KPM

Permohonan kenaikan gred bagi jawatan Ketua Panitia matapelajaran di bawah KPM

0 have signed. Let’s get to 100!
At 100 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!
guru malaysia started this petition to Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia and

Jawatan Ketua Panitia Matapelajaran merupakan satu tanggungjawab yang besar bagi seorang guru di sekolah. Namun, jawatan ini adalah satu bebanan yang tinggi yang perlu digalas dengan ikhlas tanpa apa-apa imbalan dari pihak sekolah mahupun Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Melalui petisyen ini, diharapkan Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Pendidikan Malaysia dapat memberikan kenaikan pangkat kepada Ketua Panitia matapelajaran seluruh Malaysia agar ia dapat memberikan dorongan dan motivasi kepada semua guru untuk bersama-sama berganding bahu meningkatkan prestasi panitia masing-masing.

Hal ini demikian kerana, dengan imbalan yang ada, guru-guru akan berdaya saing untuk menjadi yang terbaik dan merebut peluang untuk mendapatkan jawatan tersebut. Jawatan Ketua Panitia Matapelajaran adalah jawatan yang dielakkan bagi guru-guru kerana ia hanya bebanan tanpa imbuhan. 

Cadangan bagi syarat-syarat kenaikan:

1. telah disahkan dalam jawatan dan berkhidmat sebagai Ketua Panitia matapelajaran sekurang-kurangnya selama lima (5) tahun berturut-turut.

2. memperoleh markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) sekurang-kurangnya 85% bagi tiga (3) tahun terkini.

Berikut adalah senarai tugas Ketua Panitia selain dari tugasan hakiki sebagai guru matapelajaran:

1. Menyelaras urusan kepanitian:
 
- Menguruskan semua program-program panitia samada yang wajib mahupun  tambahan. Termasuklah program-program ko-akademik.
- Menguruskan dan menyelia semua fail-fail dan dokumen berkaitan.
- Mengurus kewangan yang diperuntukkan untuk panitia serta menguruskan inventori barangan untuk subjek (Alat Bantu Mengajar, Bahan Bantu Mengajar dan Bahan Bantu Belajar)

2. Menguruskan mesyuarat panitia:

- Mempengerusikan mesyuarat panitia secara berkala.
- Membincangkan sasaran untuk prestasi subjek.
- Membuat analisis keputusan, post mortem dan merancang intervensi.

3. Membuat perancangan tahunan:

- Membuat perancangan strategik, operasi dan sebagainya.
- Menguruskan penyediaan RPT.
- Membuat takwim semakan buku latihan.
- Membuat sasaran pencapaian.
- Merancang program akademik.

4. Melaksanakan tugas PdPc dan menjadi 'role model':

- Ketua panitia mempamerkan amalan PdPc terbaik bagi guru-guru bimbingannya.
- Mahir dalam SKPMg2 dan menjadi sumber rujuk bagi PdPc matapelajaran.

5. Menguruskan jadual waktu:

- Peka dengan jadual waktu guru.
- Menyusun penempatan guru-guru matapelajaran bagi setiap kelas

6. Pemantauan dan Pencerapan:

- Membuat pemantauan dan pencerapan terhadap guru-guru matapelajaran.
- Membuat penilaian.
- Membina intervensi untuk guru.
- Membuat penilaian PBPPP bagi guru-guru yang ditetapkan

7. Memperkasakan staff:

- Membuat analisis keperluan latihan guru (TNA dalam SPL KPM atau Google Form).
- Melaksanakan latihan dan bimbingan dalam bentuk PLC.
- Menilai program-program pembangunan guru.
- Bertindak sebagai Coach yang meraikan bakat atau kelebihan guru dan membina  ruang untuk guru cemerlang mengikut kapasitinya.
- Bertindak sebagai Mentor yang memberi bimbingan berdasarkan pengalaman.


Dengan ini, diharapkan petisyen ini akan mendapat sokongan dari semua guru di seluruh Malaysia untuk kebaikan bersama. Terima kasih.

0 have signed. Let’s get to 100!
At 100 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!