Mengenakan hukuman berat menarik balik taraf penduduk tetap Kes PUI Sivagangga

Mengenakan hukuman berat menarik balik taraf penduduk tetap Kes PUI Sivagangga

Started
6 August 2020
Signatures: 1,284Next Goal: 1,500
Support now

Why this petition matters

Started by Irfan Chek

Kluster PUI Sivagangga menjadi tumpuan masyarakat kini. Kes indeks adalah pemilik kedai makan yang balik ke Malaysia dari India tetapi melanggar Home Surveillance Order (HSO).  Beliau didapati melanggar kuarantin sendiri di rumah pada hari ke-8 dari tempoh 14 hari yang ditetapkan. Saringan yang dibuat mendapati beliau, bersama isteri dan 4 orang pekerjanya didapati positif Covid-19. Kesan kedegilan dan pentingkan diri beliau sehingga kini 6 Ogos 2020, menyebabkan:

  • 30 kes telah dikesan berkaitan dengan kluster ini
  • 7,000 penduduk meliputi empat mukim di Kedah, dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) hingga 30 Ogos.
  • Sekolah dan tadika, masjid serta rumah ibadat dalam kawasan berkenaan turut ditutup sepanjang tempoh pelaksanaan PKPD TEMCO
  • Pelbagai pihak termasuk KKM, Polis dan Tentera terpaksa dikerahkan ke kawasan tersebut
  • Kedah kini kembali menjadi zon Kuning setelah berada dalam zon Hijau sejak 30 April 2020
  • Sehingga 7 Ogos 2020, kes ini telah merebak ke negeri berdekatan iaitu Perlis (10kes) dan P.Pinang (1kes)

Denda RM1,000 amat tidak munasabah jikalau hendak dibandingkan dengan kesan yang beliau cetuskan. Disebabkan tindakan pentingkan diri beliau itu, pelbagai pihak dari KKM/Polis/Tentera dan sebagainya terpaksa dikerahkan ke kawasan tersebut. Ini tidak termasuk lagi kos-kos lain seperti melakukan saringan, pembelian tambahan PPE dan lain-lain lagi. Oleh itu, adalah diharapkan agar pihak berkuasa mengenakan tindakan yang seberat-beratnya terhadap beliau. Ini termasuklah seperti menarik balik status Penduduk Tetap (PR) beliau.

Support now
Signatures: 1,284Next Goal: 1,500
Support now