Buka kembali Masjid Qaryah Ibnu Khaldun Lavender Heights

Buka kembali Masjid Qaryah Ibnu Khaldun Lavender Heights
Why this petition matters
Masjid Qaryah Ibnu Khaldun Lavender Heights (MQIKLH) telah ditutup untuk solat berjemaah sejak 6 Mei 2021, dan telah ditutup secara total dengan azan pun tidak dibenarkan sejak 12 Mei 2021. Penutupan yang sudah pun mencapai 1 bulan pada nota ini ditulis, dilihat sebagai keterlaluan sebagai langkah pencegahan selepas kluster covid 19 dikesan di kawasan MQIKLH.
Kami menuntut agar Masjid Qaryah Ibnu Khaldun Lavender Heights dibuka kembali untuk beroperasi dengan mengikut panduan keselamatan yang terkini.
Di waktu umat memerlukan rahmat dan bantuan Allah, Masjid pula secara keterlaluan ditutup secara total tanpa alasan yang kukuh. Pelbagai kaedah boleh diusahakan untuk mengekalkan operasi masjid pada skala berkadar dengan panduan MKN, namun yang tinggal hanyalah bangunan kosong tanpa apa apa amalan soleh.
Kami memohon agar pihak yang bertanggungjawab mengkaji semula kaedah yang sesuai untuk dilaksanakan, dan kami berharap agar syiar Islam yang utama kembali tertegak di kariah Lavender Heights.