Kebenaran pengunaan SURAU dan DEWAN SERBAGUNA untuk mendirikan solat Jumaat di Selangor
Kebenaran pengunaan SURAU dan DEWAN SERBAGUNA untuk mendirikan solat Jumaat di Selangor

Merujuk kepada resolusi Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-7 dalam penetapan "Memaksimumkan penggunaan kawasan atau ruang solat di masjid dan Surau Jumaat yang sedia ada" yang telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Memandangkan ruang solat Jumaat di Masjid yang SANGAT TERHAD, kami penduduk Islam negeri Selangor ingin membuat rayuan agar pihak JAIS mempertimbangkan untuk memberi kebenaran bagi penggunaan lokasi solat Jumaat alternatif (seperti surau dan dewan serbaguna) untuk memenuhi keperluan tuntutan solat Jumaat mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Pelaksanaan sistem kuota dan undian di negeri Selangor pada masa kini tidak dapat meliputi keseluruhan penduduk kawasan setempat. Medium penyebaran informasi bergantung pada alat-alat gadget bagi mereka yang berkemampuan. Terdapat juga pemastautin yang tidak berdaftar sebagai ahli kariah atas sebab-sebab tertentu. Perasaan kecewa dan tidak puas hati sering kedengaran. kami berharap pihak JAIS mempertimbangkan kebenaran di atas. Terima Kasih