Tolak Lantikan Tajuddin sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia

Tolak Lantikan Tajuddin sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia

0 have signed. Let’s get to 50,000!
At 50,000 signatures, this petition becomes one of the top signed on Change.org!
Bangsa Malaysia started this petition to Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob (Perdana Menteri Malaysia) and

Tajuddin, yang sebelum ini dipecat sebagai Pengerusi Prasarana atas kegagalan mengurus tragedi kemalangan LRT telah sah dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.

Apa sudah gila Malaysia ini.

Jangan ingat rakyat sudah lupa siapa Tajuddin.

Sidang media 'probok probok' dia sebagai Pengerusi Prasarana dah cukup untuk buktikan betapa dia ini orang yang jahat, bodoh, sombong - tak layak untuk mewakili negara untuk sebarang acara, apatah lagi sebagai Duta Besar ke Indonesia. 

Rakyat tak lupa kenyataan dia yang anggap kemalangan LRT yang sebabkan beratus mangsa cedera sebagai 'normal' dan ketawa semasa menerangkan kemalangan itu hasil dari 'two cars kissed each other'.

Adakah ini orang macam ni yang kita nak mewakili negara sebagai Duta? Seperti yang dikatakan oleh bekas duta negara kita, lantikan ini adalah satu 'disaster'!

"unwise that the government had appointed someone like Tajuddin who is so lacking in calibre and diplomatic skills to the post, especially since Indonesia is an important country to Malaysia and has excellent diplomatic relations with Putrajaya."

Ternyata, Tajuddin hanya layak diberikan gelaran embarrassador, bukan ambassador!

Tandatangan petisyen ini untuk menolak lantikan Tajuddin sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.

Petisyen sebelum ini berjaya pecat dia sebagai Pengerusi Prasarana, sekarang masa untuk pecat dia sebagai Duta pula.

Sudah cukup banyak Malaysia dimalukan! Kita sebagai rakyat kini kena bangkit untuk jaga nama baik negara. 

#RakyatJagaMalaysia

0 have signed. Let’s get to 50,000!
At 50,000 signatures, this petition becomes one of the top signed on Change.org!