SOKONGAN KEPADA PERTUBUHAN IHSAN JOHOR 2018

0 have signed. Let’s get to 200!


Assalammualaikum WBT

Salam Sejahtera semua Sukarelawan Ihsan Johor, Rakan-Rakan Media, Aktivis-Aktivis Kemanusiaan, Aktivis Sukarelawan, NGO-NGO Amal dan Kebajikan, Pertubuhan, Kelab dan Agensi Kemasyarakatan, Individu daripada seluruh Malaysia.

Kami dari Pertubuhan Ihsan Johor (Ihsan Johor Relief) ingin menyeru anda semua untuk bersama-sama kami menandatangani "Petition" ini sebagai tanda sokongan anda terhadap PERTUBUHAN IHSAN JOHOR agar ianya diteruskan pada masa akan datang.

Fokus utama Ihsan Johor adalah untuk MEMPROMOSIKAN KESUKARELAWANAN, Menyediakan Bantuan Kemanusiaan dan utamanya menyediakan Platform bagi orang ramai untuk menyumbang dan berbakti kepada masyarakat yang memerlukan di Malaysia dan khususnya di negeri Johor.

Sehingga kini, Ihsan Johor berjaya merealisasikan Projek Pembinaan Rumah Ihsan Johor yang telah di serahkan kepada golongan asnaf sekali gus membentuk 36 buah pasukan sukarelawan bagi setiap projek dalam misi utamanya membina RUMAH IHSAN JOHOR.

Selain itu, Ihsan Johor turut menjalankan program-program sukarelawan yang lain melalui 3 platform iaitu Sekolah Ihsan Johor, Dapur Ihsan Johor dan Skuad Ihsan Johor yang keseluruhannya sebanyak 55 program telah berjalan pada 2017 hingga Julai 2018. Keseluruhan jam penglibatan projek dan program Ihsan Johor adalah sebanyak 2365 jam.

Pada hemat kami, Ihsan Johor adalah satu platform yang baik untuk memupuk semangat kesukarelawanan yang mampan dalam diri rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa mahupun warna kulit.

Akhir sekali, Ihsan Johor ingin melihat di Malaysia ini rakyatnya adalah saling bantu membantu, prihatin, sukarela malahan ringan tulang untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Sokongan anda kepada Pertubuhan Ihsan Johor Melalui "Sign Petition" ini amatlah kami hargai.

Dari Ihsan Kepada Insan.



Today: Ihsan is counting on you

Ihsan Johor Rangers needs your help with “IHSAN JOHOR: SOKONGAN KEPADA PERTUBUHAN IHSAN JOHOR 2018”. Join Ihsan and 153 supporters today.