I-Citra 5k one off diikuti 1k setiap bulan sehingga Disember

I-Citra 5k one off diikuti 1k setiap bulan sehingga Disember

0 have signed. Let’s get to 5,000!
At 5,000 signatures, this petition is more likely to get picked up by local news!
MYVOICE MALAYSIA started this petition to Pencarum KWSP

Kami percaya i-Citra harus dikemaskan. Rakyat amat memerlukan wang mereka, jadi kami mendesak kerajaan untuk meluluskan pengeluaran KWSP RM5k one off bulan Julai & rm1k setiap bulan dari Ogos sehingga Disember 2021. 

1) Harus diingat duit KWSP itu duit rakyat. DUIT RAKYAT SENDIRI. Rakyat pun tak nak keluarkan sekiranya bukan dalam keadaan terdesak.

Sekarang isu timbul kerana :

A) ramai hilang pekerjaan
b) perniagaan terjejas teruk dan pendapatan terjejas sehingga ramai yang bunuh diri!
C) potongan gaji sehingga 50-60%

Minta Menteri ambil kira keadaan ini kerana Covid berlarutan dan berlanjutan kerana:

A) kegagalan kerajaan untuk menghentikan Covid dengan membuat keputusan untuk mengadakan pilihanraya ketika Sabah berada dalam kemuncak Covid, dan kegagalan penguatkuasaan undang undang berkaitan yang menyaksikan ahli politik tidak dikenakan tindakan manakala orang awam sahaja yang dihukum untuk kesalahan yang sama.

B) kegagalan kerajaan untuk menetapkan dan menyampaikan SOP secara berkesan. Kes memuncak tetapi kilang masih dibuka!

2) Duit KWSP BUKAN bantuan kerajaan untuk Covid dan tidak peru dimasukkan dalam budget. INI DUIT RAKYAT SENDIRI bukan bantuan kerajaan.

Kerajaan juga perlu memikirkan inisiatif lain untuk membantu rakyat yang terpukul dengan Covid. Ini bukan masa bermain wayang dan berpolitik sepanjang masa.

3) Sekiranya rakyat tak mampu bayar duit rumah, duit kereta, sementara setengah ke setahun yang akan datang - post impact of Covid, yang tak bernasib baik akan muflis. Fikirkan impak jangka panjang masalah ini kepada negara.

4) Apa yang akan jadi sekiranya ramai yang jatuh bankrupt? Secara kasarnya dapat ditafsir, kes perceraian, keganasan rumah tangga, depressi, bunuh diri akan meningkat. Tak perlu risaukan kehidupan gelap masa tua rakyat sekiranya masa sekarang rakyat yang gelap.

Semakin ramai yang membunuh diri kerana ketidakmampuan.

5) Akhir kalam, hakikatnya itu memang duit rakyat, caruman kami, duit kami dan bukan bantuan kerajaan. Tak perlulah dipolitikkan agenda ini kerana tujuannya adalah meringankan kesempitan hidup rakyat dikala pandemik Covid 19.

Minta jasa baik pihak berkenaan untuk benarkan pengeluaran auto memandangkan data i-sinar sudahpun ada. Berhentilah menyusahkan rakyat! Nak ambil duit sendiri pun disusahkan.

0 have signed. Let’s get to 5,000!
At 5,000 signatures, this petition is more likely to get picked up by local news!