MATI DALAM TAHANAN, KEADILAN UNTUK KELUARGA MUHAMMAD HIDAYAT ABDUL HALIM!

MATI DALAM TAHANAN, KEADILAN UNTUK KELUARGA MUHAMMAD HIDAYAT ABDUL HALIM!

Muhammad Hidayat Abdul Halim, 44 tahun merupakan seorang buruh yang disahkan meninggal dunia dalam lokap tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan pada 11 Oktober lalu. Beliau ditahan di rumahnya pada pagi 8 Oktober 2021.
Ahli keluarga Muhammad Hidayat Abdul Halim mahu keadilan ditegakkan berhubung isu tahanan maut dalam lokap polis.
Ahmad Faiz, adik kepada Hidayat berkata, pihak keluarga menuntut keadilan dari pihak bertanggungjawab sebelum kejadian yang sama menimpa Orang Kena Tuduh (OKT) yang lain.
“OKT masih belum disahkan bersalah dan kebajikan mereka hendaklah terjaga,” katanya. Menurut beliau, kematian abangnya dalam tempoh kurang 48 jam dalam tahanan polis telah mengejutkan semua pihak termasuk komuniti setempat.
“Pihak komuniti setempat turut meminta agar kematian Hidayat diberikan keadilan dan tindakan perlu diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab,
“Mereka (komuniti) turut terkejut dengan kejadian tersebut,” jelasnya.
Mengulas kesihatan abangnya, Faiz menegaskan Hidayat berada dalam keadaan sihat dan tidak mempunyai latar belakang kesihatan.
“Allahyarham tidak mempunyai sebarang masalah penyakit kronik dan beliau merupakan seorang pekerja buruh,
“Beliau ditahan atas kesalahan sampel air kencing positif dadah,”
Jelas Faiz, pihak keluarga telah melantik wakil guaman berhubung isu tersebut.
Jenazah Hidayat dibawa pulang ke rumahnya pada petang 12 Oktober dan dikebumikan pada hari yang sama.
“Pengurusan jenazah juga diuruskan oleh penduduk kampung dan tiada seorang pun wakil dari pihak polis hadir ke upacara pengebumian,”.
Kami menggesa pihak berkuasa segera Jalankan siasatan berkenaan isu ini, kian banyak isu berkenaan mati dalam tahanan setiap tahun. Keadilan perlu ditegakkan bagi perkara begini tidak akan berulang selepas ini.
Saya Dr.M.Karthigeyen @ Dr.MK secara peribadi meminta rakyat Malaysia berganding bahu agar keadilan terbela bagi pihak keluarga Arwah Muhammad Hidayat Abdul Halim.
Facebook : Dr.M.Karthigeyen
#DrMK
#MakkalKural
#SuaraRakyat