Revoke the state and federal decorations from Tan Sri Lee Kim Yew

Revoke the state and federal decorations from Tan Sri Lee Kim Yew

Tindakan Tan Sri Lee Kim Yew yang mencemari kesucian Jalur Gemilang ketika menyampaikan kritikan terhadap Kerajaan merupakan suatu tindakan yang melampau dan tidak boleh diterima sama sekali.
Jalur Gemilang hendaklah sentiasa dihormati dan dijunjung tinggi oleh seluruh rakyat pada setiap masa meskipun berlaku perbezaan pandangan dalam beberapa isu.
Oleh yang demikian, kami yang bertandatangan di bawah ini, mengemukakan petisyen, serta memohon ke hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Kerajaan Malaysia supaya mempertimbangkan untuk melucutkan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota Malaysia (P.S.M) yang dianugerahkan kepada Tan Sri Lee Kim Yew pada 1997.
Kami juga memohon ke hadapan Majlis Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang di-Pertuan bagi Negeri Selangor Darul Ehsan Serta Segala Daerah Takluknya untuk Baginda Tuanku melucutkan darjah kebesaran Dato' Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (D.S.S.A.) yang dianugerahkan pada 1994. Petisyen ini juga kami persembahkan ke hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan bagi Negeri Kedah Darul Aman serta Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang untuk mengambil langkah serupa. Orang seperti ini pada hemat kami, tidak selayaknya untuk memakai segala gelaran dan darjah kebesaran kerana tindakannya yang jelas menunjukkan ketidak setiaannya kepada Malaysia.
Meskipun beliau sudah memohon maaf, beliau tidak boleh terlepas daripada tindakan undang-undang...
English Translation:
The actions of Tan Sri Lee Kim Yew desecrating Jalur Gemilang whilst expressing his opinion towards the Government is simply too much crossing the line.
Jalur Gemilang must and should always be honoured by all people at all times despite our disagreements on several issues.
Therefore, we signed below, do appeal to His Majesty Seri Paduka Baginda the Yang Di Pertuan Agong and the Government of Malaysia to make a consideration revoking the Panglima Setia Mahkota Malaysia (P.S.M.) decoration which was bestowed to Tan Sri Lee Kim Yew in 1997.
We also appeal to His Royal Highness the Sultan of Selangor to consider revoking the Darjah Dato' Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (D.S.S.A.) which was awarded to the latter in 1994. We also present this petition to His Royal Highness the Sultan of Kedah and His Excellency the Governor of Penang to take similar actions. Such persons shall not wear or receive such decorations for his unlawful acts to the Nation.
Although he's apologized for his actions, he shall not escape the law...