GUGURKAN JAWATAN DAN KEAHLIAN KELUARGA SIKAYUN DALAM PUSAKA

GUGURKAN JAWATAN DAN KEAHLIAN KELUARGA SIKAYUN DALAM PUSAKA

51 have signed. Let’s get to 100!
Started

Why this petition matters

Started by Madzani Nusa

PUSAKA adalah Persatuan Pusat Sumber Adat dan Mediasi Kaum Anak Negeri Sabah. Presiden PUSAKA ialah Puan Shireen Leandra Sikayun dan merupakan seorang peguam bagi syarikat guaman Lee & Thong. Pada 5 April 2022, Puan Shireen Leandra Sikayun telah menuduh dan menghina secara bertulis Bangsa Bajau, Irranun, Kadazan dan Dusun di kawasan Kg. Labuan, Kg. Taun Gusi, Kg. Wakap dan kawasan Pintasan Kota Belud sebagai "Penghuni Haram" bagi mewakili dirinya sebagai peguam kepada syarikat milikan penuh bangsa cina. Puan Shireen Leandra Sikayun hilang secara integriti dan etika untuk mewakili dan membawa nama Kaum Anak Negeri Sabah dalam PUSAKA apabila menghina, memalukan, mengancam, menekan Kaum Anak Negeri Sabah (Bajau, Irranun, Kadazan, Dusun dan yang lain) semata-mata ingin mewakili anak guamnya. Kaum Anak Negeri Sabah yang dipanggil sebagai "Penghuni Haram" oleh Puan Shireen Leandra Sikayun adalah penduduk tetap di Kawasan Pintasan yang berjuang mempertahan dan mendapatkan Tanah Rezab Padang Ragut bagi penternakan serta mengusahakan tanah tersebut dan telah mendiami tanah tersebut puluhan tahun. Beliau telah membuat tuduhan, fitnah, mengancam dan menekan penduduk tanpa melihat surat 'surrender' syarikat terdahulu.

51 have signed. Let’s get to 100!