The Government Has Enough Power - Respect the Rakyat's Mandate as Given

0 have signed. Let’s get to 15,000!


The Government Has Enough Power - Respect the Rakyat’s Mandate as Given

The 9th of May 2018 was a historical moment for Malaysians. Most of us Malaysians gave our voice and support to Pakatan Harapan (PH) for a better Malaysia, and toppled the kleptocratic Barisan Nasional (BN) under Najib Razak. For more than 60 years, this beloved home of ours is being govern without integrity. The foundation of a democratic country were destroyed; our once respected independent judiciary, our public institutions, our freedom under the Federal Constitution, but one by one these institutions were destroyed. We chose PH because we believed and trusted that PH will be with us Malaysians, to fix our crumbling house.

We are disturbed by recent news on politicians and BN’s component parties trying to jump ship and give support to PH after PH have formed the central government. We are also expressing our shock and disappointment on the news of our seventh Prime Minister, Tun Dr Mahathir Mohamad, having a meeting with Taib Mahmud, and also on the talks of PBB to give support to PH, automatically giving PH a bigger majority in the Parliament.

We understand that PH needs to consolidate its power to stabilize current political climates, but it will give opportunities to defectors from other parties and this detrimental to democracy and to PH themselves. As long as government can be formed by defectors, the power to determine the government will be taken away from the rakyat.

We as voters feel that this party-jumping culture as undemocratic, and betraying the mandate we have given to the parties that contested in the general election. We want a PH that is more democratic and wouldn’t betray our mandate just for the sake of acquiring bigger majority in the Parliament. We believe that PH can only be a strong government if we have a solid opposition in the parliament, to ensure check and balance in Malaysia. We Malaysians have chosen PH, not BN2.0.

We are also committed to the Prime Minister’s and PH’s leaders speech in upholding the rule of law and reforming government institutions in this new Malaysia. We do not want criminals and looters who have looted our national resources. The new Malaysian government has constitutional duties to ensure these criminals and looters are brought to justice.

We again call for the Prime Minister and leaders of Pakatan Harapan to listen and not betray the trust of Malaysians by being in cahoots with BN. We, Malaysians, are with PH in this impossible struggle. Do not bring in criminals and looters into this beloved home of ours.

**********************************************************************************************************

Kerajaan Sudah Cukup Kuasa - Sila Hormati Mandat Rakyat Seadanya

Tanggal 9.5.2018 menyaksikan detik bersejarah bagi rakyat Malaysia. Kita, rakyat Malaysia terbanyak telah bersuara dan memberikan kepercayaan kepada Pakatan Harapan (PH) untuk Malaysia yang lebih baik dan menumbangkan kerajaan kleptokrasi Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib Razak. Selama lebih 60 tahun, rumah besar yang kita sayangi ini ditadbir secara tidak berintegriti. Tonggak-tonggak penting dalam sebuah negara demokrasi di rosakkan satu persatu, kita pernah punya institusi kehakiman yang bebas dan disegani dunia, kita pernah punya institusi awam yang baik dan di segani dan satu ketika dulu kita pernah menghirup udara kebebasan yang di jamin Perlembagaan Persekutuan, namun lebih dari 60 tahun satu demi satu institusi awam ini di rompak dan dihancurkan integritinya. Kita memilih PH kerana kita percaya dan mempunyai harapan bahawa PH boleh bersama-sama kita, rakyat Malaysia memperbetulkan rumah kita yang hampir roboh dan rosak.

Sehari dua ini, kita terganggu dengan berita-berita beberapa wakil rakyat dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang cuba melompat parti dan memberikan sokongan kepada PH setelah PH membentuk kerajaan pusat. Kita juga melahirkan rasa terkejut dan dukacita dengan berita bahawa Perdana Menteri ke-7, Dr Mahathir Mohamad telah mengadakan pertemuan dengan Taib Mahmud dan terdapat perbincangan untuk PBB memberikan sokongan kepada PH dan ini sekaligus akan menambah jumlah majoriti bagi PH di Dewan Rakyat.

Kita sedia maklum bahawa PH perlu menyatukan kuasanya dan menstabilkan politik kita akan tetapi mengundang pengkhianat parti lawan cuma akan membawa mudarat kepada demokrasi dan juga PH sendiri. Selagi kerajaan boleh tukar tangan dengan lompatan wakil rakyat, kuasa untuk menentukan kerajaan akan dirampas daripada tangan rakyat.

Kita, sebagai pengundi merasakan budaya melompat parti ini sebagai tidak demokratik dan mengkhianati mandat yang telah di berikan oleh rakyat kepada parti-parti yang bertanding. Kita mahukan PH yang lebih demokratik dan tidak mengkhianat mandat yang kita berikan semata-mata untuk memperoleh sokongan lebih di Dewan Rakyat. Kita percaya, bahawa PH hanya boleh menjadi kerajaan yang baik sekiranya kita mempunyai pembangkang yang kuat di Dewan Rakyat demi memastikan semak dan imbang yang berkesan di Malaysia. Kita, rakyat Malaysia telah memilih PH bukan BN2.0.

Kita juga komited dengan ucapan Perdana Menteri Malaysia ke-7 dan pimpinan Pakatan Harapan yang ingin mendaulatkan rule of law dan reformasi institusi kerajaan di dalam kepimpinan Malaysia yang baru. Kita tidak mahu penjenayah dan perompak yang telah mencuri dan mengaut hasil negeri dan rakyat Malaysia secara tidak amanah diberikan tempat di dalam kerajaan baru yang telah dipilih oleh rakyat terbanyak. Kerajaan Malaysia yang baru mempunyai tanggungjawab berpelembagaan untuk memastikan penjenayah dan perompak harta rakyat ini dibawa ke muka pengadilan dan dibicarakan.

Kita sekali lagi menyeru Perdana Menteri Malaysia dan pimpinan Pakatan Harapan untuk tidak memekakkan telinga dan mengkhianati kepercayaan rakyat Malaysia dengan bersekongkol bersama BN. Kita, rakyat Malaysia telah bersama-sama dengan PH dalam perjuangan yang hampir mustahil ini. Janganlah diundang makhluk perosak dan pencuri masuk ke dalam rumah kami setelah kami berikan PH kepercayaan.



Today: Muhammad Afiq is counting on you

Muhammad Afiq Mohamad Noor needs your help with “Government of Malaysia: The Government Has Enough Power - Respect the Rakyat's Mandate as Given”. Join Muhammad Afiq and 12,926 supporters today.