Sambung Yang Tergendala: Rangkaan Dasar Masa Depan Negara

Sambung Yang Tergendala: Rangkaan Dasar Masa Depan Negara

Started
2 April 2021
Signatures: 480Next Goal: 500
Support now

Why this petition matters

Negara kita berada di titik persimpangan yang amat genting. Wabak Covid-19 telah memusnahkan ratusan ribu pekerjaan, rakyat Malaysia pasrah kehilangan punca pendapatan sementara sesetengah ahli politik sibuk dengan perkiraan “siapa ada angka” dan “siapa dapat apa.” Ketidaktentuan politik sejak Pilihanraya Umum Yang Ke-14 (PRU-14) telah mengalih perhatian kita dari agenda yang benar-benarmengutamakanrakyat.Kita perlu menyambung semula agenda membangunkan negara. Rencana yang paling utama iaitu kebajikan rakyat terbenam di bawah riuh rendah parti- parti politik di atas sana.

Sedang rakyat berhadapan dengan cabaran yang maha dahsyat ekoran krisis ekonomi yang disebabkan wabak Covid-19, mereka pasti mendambakan suatu wadah yang mampu membawa suara mereka untuk menyelesaikan permasalahan seharian yang mereka hadapi. Politik yang membahaskan idea, yang mengemukakan cadangan dasar yang inovatif dan pragmatik, yang membantu rakyat menangani kesukaran kehidupan.

Kita tidak boleh terus terperangkap dengan polemik politik yang tidak berkesudahan kerana akhirnya rakyat akan menjadi jelak dan muak dengan sikap politikus dan parti politik lantas
menyukarkan lagi usaha menarik sokongan rakyat kepada kita.

Atas sebab itu saya bersama kawan-kawan bakal mengerakkan dan mengadakan Jelajah Sambung Yang Tergenda, sebuah program untuk mengubah politik Malaysia ke arah yang lebih konstruktif dan menjana idea dasar untuk membantu rakyat. Kami akan menjelajah seluruh negara, sama ada secara maya atau pergerakan fizikal untuk mencadangkan beberapa intervensi dasar – berdasarkan kajian

Support now
Signatures: 480Next Goal: 500
Support now

Decision-Makers