Government of Malaysia : End Interference in Student Activism

0 have signed. Let’s get to 200!


English Version :

Government of Malaysia: End Interference In Student Activism

We, the undersigned, are requesting your assistance in the realisation of the following demands which we believe are imperative in establishing a strong, independent union of Malaysian students

For years in the previous Barisan Nasional regime, a pervasive culture of fear has seeped into the mindset of students such that apathy towards social issues and political education amongst them has become the norm. This culture has arisen from the authoritarian heavy-handedness that has culled criticism of the government in the past, going so far as to arresting even satirists. This situation is unhealthy for the human capital development for Malaysia and even contributes heavily to brain drain.

In the past, there have been movements trying to make Malaysian student organisations independent from entities that may unduly exert control over them, either directly or indirectly, but due to the aforementioned culture of fear, these have been isolated and were not able to achieve their vision in full.

Now, with the spirit of a New Malaysia, we suggest revisiting the notion of making student activism truly independent and based upon the needs of the students themselves to catalyse the growth of students to meet the needs of the country in the future.

With this context in mind, our demands are thusly;

1) Restate the commitment of no interference between government officials and student movements

The general consensus amongst students is that their activities are monitored by the authorities and may be used against them, especially with regards to the utilisation of draconic laws such as the Sedition Act. The recent revelation on the activities of the Malaysian External Intelligence Organisation brings some legitimacy to these concerns as well. Moreover, potential harassment and disruption to their studies, similar to what happened to Cassandra Chung, may play a factor in pushing students away from engaging with important topics and movements concerning our nation. In fact, there are even those who refrain from getting registered to vote due to this fear.

Whether this consensus is true or not is irrelevant. It is now imperative that the separation between government officials and student organisations be restated and held to by the relevant federal government bodies. This is to restore the confidence of students that any type of lawful activism would not be interfered with by the authorities in an undue manner and help strengthen their voice.

2) Endorse and encourage student activism by providing effective and accessible channels of redress for student grievances

In accordance with Demand 1, it is also observed that student activism through student organisations with respect to political and seemingly sensitive issues in the United Kingdom is usually slow and wrought in paranoia of close scrutiny of the authorities and the resulting apathy. While organic growth from the bottom-up is what is necessary to build an independent student voice, at present, some assurances and encouragement is necessary. We believe that the Pakatan Harapan government believes in the same tenets that build this petition, that of proper checks-and-balances and empowering the rakyat in an effective manner. Hence, the support of independent student activism, through acts such as the Students’ Declaration, should be one of the main priorities of this government.

Moreover, the potential failure of organisations to ensure Malaysian student activism remains independent and vibrant should be studied and mitigated. We believe strong channels of redress should be established that would directly come under the purview of parliament to ensure enough political pressure and scrutiny is placed on the offending party such that any problems are dealt with swiftly and effectively.

3) Revise scholarship contracts from the Public Service Department of Malaysia, MARA and government-linked companies (GLCs) to remove all vague and restrictive clauses that may be unduly used for political gains

There are a lot of students afforded scholarships according to their achievements and brightness. They should not be subject to unfair restrictions in speech and thought as this disincentivises them from being socially conscious. Taking into consideration the background of these students as well, some of whom are from poor families, faced with the opportunity of a lifetime to change the fortune of their families, there is no realistic option to turn down a scholarship due to disagreements with restrictive provisions in the contracts. This compromise brought on by an unequal bargaining power cannot be justified by the scholarship givers ethically.

Furthermore, as the identified parties providing the scholarships in question are public bodies executing public functions or have been established by public bodies for the overall purpose of public good, it is not right in our opinion that they overly exert control over freedoms guaranteed by the Federal Constitution of Malaysia for every Malaysian citizen. The specific parts of these scholarships that involve the ability of scholars to be involved with vaguely defined political activities open the possibility of these contracts to be used as a political tool of the government.We find the wording of these clauses to be such that overt expression of such a control is hidden. However, legal finesse and cleverness should not be held supreme over the intention of the Federal Constitution or the ethical responsibility of these bodies in question to the people of Malaysia.

4) Implement the demands of the UM petition in full

Our compatriots from the University of Malaya have always stood for independent student activism and have started their own petition that asks for the abolishment of the Universities and University Colleges Act 1971 and a revival of autonomy for both universities themselves and students. We fully support the clauses within this petition and advocate for their immediate implementation in order to ensure the independence of student bodies.

With this petition, we hope the Pakatan Harapan government would understand our concerns and help to strengthen student activism for Malaysian students everywhere. This petition is resulting from the official campaign statement of Team Liberasi.

Petition begun by : Team Liberasi

Arveent Srirangan Kathirtchelvan

Goh Cia Yee

Michelle Liu


Versi Bahasa Melayu:

Kerajaan Malaysia: Hentikan Campur Tangan Dalam Aktivisme Pelajar

Kami yang menandatangani warkah ini dengan hormatnya mengutarakan permintaan kami untuk kerjasama pihak tuan dalam merealisasikan tuntutan-tuntutan yang tertera supaya kesatuan pelajar-pelajar Malaysia di United Kingdom yang utuh dan berkecuali dapat dibina.

Selama bertahun-tahun dalam rejim Barisan Nasional yang lepas, budaya ketakutan telahpun terserap ke dalam minda pelajar-pelajar di sini sampai sikap tidak peduli terhadap isu-isu sosial dan penimbaan ilmu politik menjadi norma. Budaya ini telah wujud akibat sikap kerajaan yang terlalu autoritarian yang mengekang kritikan kepada kerajaan sampai satirawan pun ditahan polis. Keadaan ini adalah tidak kondusif dalam usaha pembangunan modal insan negara kita dan juga menyumbang kepada penghijrahan cendekiawan (brain drain).

Belakangan ini, terdapat beberapa gerakan yang mencuba untuk menjadikan organisasi-organisasi pelajar Malaysia di UK berkecuali daripada entiti-entiti luar yang mungkin terlalu mengekang mereka, secara terus atau tidak terus. Akan tetapi, atas sebab budaya ketakutan tersebut, inisiatif-inisiatif sebegini terlalu kecil sampai tidak mampu mencapai visi yang diingini secara keseluruhan.

Namun, sekarang, dengan semangat Malaysia Baru berikutan perubahan kerajaan pusat, kami mencadangkan idea untuk membina aktivisme pelajar yang benar-benar berkecuali dan bersandarkan kemahuan dan kehendak pelajar itu sendiri  dihidupkan balik sekali gus mencetus proses kematangan pelajar-pelajar ini untuk memenuhi keperluan modal insan Negara kita pada hari nanti.

Dengan ini, tuntutan-tuntutan kami adalah sedemikian;

1) Nyatakan semula komitmen tiada campur tangan antara pegawai kerajaan dengan gerakan pelajar

Daripada pengalaman kami, kebanyakan pelajar berpendapat bahawa segala aktiviti persatuan dipantau oleh pihak kerajaan Malaysia dan aktiviti-aktiviti yang bersifat kritikal terhadap kerajaan mungkin akan digunakan untuk menindas pelajar, terutamanya dengan melalui undang-undang dan akta-akta yang terlalu mengekang seperti Akta Hasutan.

Tambahan lagi, kemungkinan adanya kekacauan dan penggendalaan terhadap pengajian mereka, seperti yang berlaku kepada Cassandra Chung, menjadi faktor utama keengganan pelajar-pelajar untuk melibatkan diri dalam aspek dan isu penting yang berkaitan dengan negara kita. Pandangan ini digandakan lagi apabila aktiviti-aktiviti risikan yang dilakukan oleh Malaysian External Intelligence Organisation telah dibongkar baru-baru ini. Malah, ada di antara pelajar-pelajar Malaysia di UK yang enggan mendaftarkan diri sebagai pengundi disebabkan ketakutan dan rasa tidak yakin terhadap posisi kerajaan berkenaan penglibatan mahasiswa dalam politik.

Pada kala ini, sama ada pendapat ini memang betul ataupun sekadar paranoia pelajar sahaja tidak penting. Adalah mustahak bagi pemisahan antara pegawai kerajaan dengan organisasi pelajar ditekankan lagi oleh badan-badan kerajaan persekutuan yang relevan. Kami berharap langkah ini dapat memulihkan keyakinan pelajar bahawa mana-mana aktiviti aktivisme yang tidak melanggar mana-mana undang-undang tidak akan diganggu oleh pihak berkuasa secara tidak wajar dan suara pelajar ini dikuatkan.

2) Menyokong dan menggalakkan aktivisme pelajar dengan menyediakan saluran-saluran efektif dan mudah diakses untuk mengendalikan keluhan pelajar

Sehubungan dengan Tuntutan 1, daripada pemerhatian kita juga didapati bahawa aktivisme pelajar, terutamanya yang berasaskan unsur politik dan isu yang dianggap sensitif, melalui organisasi pelajar ini amat lesu dan dibelenggui paranoia pengawasaan rapat oleh pihak berkuasa dan sikap tidak peduli diakibatnya. Walaupun pertumbuhan organik dari bawah-ke-atas adalah unggul untuk membina suara pelajar secara menyeluruh, pada masa ini, beberapa jaminan dan penggalakkan daripada pihak kerajaan diperlukan untuk menyelia pertumbuhan organik ini. Kami percaya bahawa kerajaan Malaysia yang dinakhodai Pakatan Harapan berasas prinsip yang sama dengan petisyen ini, iaitu imbangan kuasa yang rapi dan pembinaan kuasa rakyat secara efektif. Oleh itu, sokongan aktivisme pelajar yang berkecuali, melalui aktiviti seperti Students’ Declaration, perlu menjadi salah suatu keutamaan kerajaan ini.

Selain itu, potensi kegagalan organisasi-organisasi pelajar mahupun kerajaan untuk memastikan aktivisme pelajar Malaysia kekal berkecuali dan bersemangat tinggi harus dikaji dan pelan sandaran harus disediakan. Kami berasa bahawa saluran-saluran yang terus berada dalam pantauan parlimen patut ditubuhkan supaya keluhan pelajar dapat diambil kira secara efektif dan pantas melalui tekanan politik dan pengawasan yang utuh. Sudah tentu pihak yang melakukan kesalahan dapat dikenal pasti dan mana-mana masalah yang timbul diselesaikan secara cepat dan berkesan.

3) Semak semula kontrak-kontrak biasiswa daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam, MARA serta syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (government-linked companies, GLCs) untuk memansuhkan semua klausa-klausa mengekangkan yang boleh disalah-gunakan untuk mendapat kelebihan politik.

Terdapat banyak pelajar Malaysia yang mendapat biasiswa daripada pihak kerajaan atau berkaitan kerajaan selaras dengan pencapaian dan kebijakan mereka. Mereka tidak patut terdedah kepada kekangan pertuturan dan pemikiran yang tidak adil sebab ini melemahkan semangat mereka untuk memupuk kesedaran sosial dalam diri mereka. Lebih-lebih lagi latar belakang sebahagian pelajar ini yang berasal daripada keluarga daif, kerana suatu peluang untuk menentukan nasib keluarga mereka berubah menjadi lebih cerah tiba, mereka tidak dapat menolak sebarang biasiswa walaupun tidak setuju dengan klausa mengekang dalam kontraknya. Kompromi ini dibawa oleh kuasa perundingan yang tidak sama antara pelajar tersebut dengan pemberi biasiswa tetapi ketidaksamaan ini tidak boleh diguna oleh pemberi biasiswa sewenang-wenangnya secara tidak beretika.

Tambahan pula, atas sebab pihak yang memberi biasiswa tersebut merupakan badan awam yang melaksanakan fungsi awam ataupun telah ditubuhkan oleh badan awam untuk membawa kebaikan kepada orang awam, adalah tidak patut, bagi kita, jika mereka terlalu mendominasi atas kebebasan yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia untuk setiap warga Malaysia. Klausa-klausa yang dimaksudkan berkaitan dengan melarang pemegang biasiswa tersebut untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti berunsur politik yang didefinisi secara kabur. Klausa-klausa ini boleh digunakan sebagai alat membendung kritikan pelajar terhadap kerajaan. Kita berpendapat bahawa pengunaan perkataan dalam klausa-klausa ini menyembunyi potensi kawalan kerajaan. Walaupun begitu, kemahiran mengguna istilah undang-undang dan kepandaian dalam mengambil kesempatan tidak patut diagungkan lebih daripada niat sebalik Perlembagaan Persekutuan atau tanggungjawab etika badan-badan ini kepada warga Malaysia.

4) Mengimplementasi tuntutan-tuntutan petisyen Universiti Malaya secara menyeluruh

Sahabat-sahabat kita di Universiti Malaya selalu berdiri teguh dengan pendirian mereka yang menyokong aktivisme pelajar yang berkecuali dan telahpun memula petisyen mereka sendiri. Petisyen ini menuntut bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dimansuhkan dan autonomi universiti serta pelajar-pelajarnya dikembalikan. Kami menyokong petisyen ini sepenuhnya dan ingin melihat implementasi klausa-klausanya serta-merta atas sebab langkah ini dapat membebaskan minda pelajar-pelajar Malaysia secara umum.

Dengan petisyen ini, kami berharap bahawa kerajaan Pakatan Harapan akan memahami tuntutan-tuntutan kami dan membantu memperkasakan aktivisme pelajar Malaysia. Petisyen ini berhasil daripada kenyataan rasmi kempen Team Liberasi.


Petisyen ini dimulakan oleh : Team Liberasi

Arveent Srirangan Kathirtchelvan

Goh Cia Yee

Michelle Liu

 

 



Today: Team Liberasi is counting on you

Team Liberasi needs your help with “Government of Malaysia : End Interference in Student Activism”. Join Team Liberasi and 169 supporters today.