Menyeru Kerajaan Mengenakan Hukuman Mati untuk kes pemandu Mabuk yang menyebabkan kematian

0 have signed. Let’s get to 15,000!


Sebagaimana ramai memperjuangkan hak asasi menjadi hak asasi manusia , mangsa-mangsa yang meninggal dunia juga adalah manusia yang harus diperjuangkan hak mereka kerana Kesalahan minum arak+mabuk adalah mereka yang Sebenarnya WARAS tetapi telah MEMILIH untuk minum arak dan mabuk dan kemudiannya memandu sehingga melanggar mangsa yang tidak bersalah sehingga menyebabkan kematian. Maka dengan mengambil kira hak mereka yang mati atas pilihan pemandu yang memilih untuk mabuk kemudian menjadi pembunuh jalanraya maka sebagai rakyat kita menyeru kerajaan mengubal undang undang untuk mengenakan hukuman setimpal kepada pemandu yang minum arak dan mabuk . Jika mangsa mati maka hukuman mati atau penjara seumur hidup harus dilaksanakan juga

 

Taiwan perkenal hukuman mati untuk pemandu mabuk

TAIPEI: Taiwan merancang untuk melaksanakan hukuman mati terhadap pesalah yang menyebabkan kemalangan maut, ketika memandu dalam keadaan mabuk bagi kes serius.

Bagaimanapun, inisiatif itu mendapat tentangan hebat daripada kumpulan hak asasi.

Kabinet negara itu, semalam, meluluskan satu draf pindaan terhadap Kanun Keseksaan yang akan menjadikan kesalahan menyebabkan kematian ketika memandu dalam keadaan mabuk sebagai kesalahan bunuh.

Pihak berkuasa berkata, jika pesalah berniat menyebabkan kematian, dia boleh dihukum mati.

Cadangan itu memerlukan kelulusan parlimen, namun ia berlaku susulan banyak kes kematian berprofil tinggi yang mencetuskan kemarahan meluas.

Ketika ini, hukuman maksimum menyebabkan kematian, ketika memandu dalam keadaan mabuk di Taiwan hanya 10 tahun.

Cadangan baharu itu akan meningkatkan hukuman penjara untuk pesalah berulang yang melakukan kesalahan baharu dalam tempoh lima tahun daripada sabitan kesalahan pertama.

Mereka mungkin berdepan hukuman penjara seumur hidup, jika menyebabkan kematian dan penjara 12 tahun untuk cedera serius. - AFP

Taiwan juga antara negara yang merancang uny

https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2019/03/546523/taiwan-perkenal-hukuman-mati-untuk-pemandu-mabuk