Solidariti Untuk Dr Zakir Naik

0 have signed. Let’s get to 200,000!


Rakyat Malaysia bersifat penyayang dan bertolenrasi.Kepelbagaian kaum dan agama selama ini membuktikan kita boleh hidup secara harmoni.Kita menilai seseorang dengan ilmu dan hujah benar,bukan dengan prejudis dan melemparkan tuduhan melulu.

Kedatangan Dr Zakir Naik ke Malaysia membawa banyak kebaikan melalui kepakaran ilmu beliau, bersikap matang dalam membuat ucapan dan berusaha keras membantu umat Islam memahami agama mereka serta menyampaikan mesej Islam secara harmoni dan tuntas.

Apa yang berlaku hari ini adalah hasil prejudis dan sikap melampau sesetengah terhadap beliau sehingga beliau terpaksa mengharungi detik-detik kesusahan dan tidak lagi dibenarkan menyampaikan dakwah yang baik.

Apa yang membimbangkan ialah ancaman terhadap keselamatan dan kelangsungan beliau jika dihantar pulang ke negara asal beliau.

Maka petisyen ini mendesak dan mengharapkan agar Kerajaan Malaysia memberikan perlindungan sepenuhnya kepada beliau dan menjamin keselamatan beliau disamping mengekalkan status Penduduk Tetap (PR) terhadap Dr Zakir Naik