RAKYAT TOLAK STATUT ROM , PERTAHAN KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU

RAKYAT TOLAK STATUT ROM , PERTAHAN KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU

Rentetan satu gerakan petisyen yang dikerahkan satu kumpulan liberalis yang menuntut kerajaan menarik balik keputusan membatalkan Perjanjian Statut Rom baru-baru ini, kami anak muda Malaysia menyeru rakyat untuk menurunkan sokongan melalui petition ini bagi memastikan agenda mereka yang mahu menyerahkan urusan negara kepada pihak asing ini dihentikan.
Menyedari tindakan mencurigakan Kerajaan Malaysia begitu ghairah memasuki instrumen-instrumen perjanjian antarabangsa yang menyentuh kedudukan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu, kami anak-anak muda Malaysia merasakan perlunya satu kerahan pungutan suara rakyat bagi menjadi asas yang jelas kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Malaysia bahawa kami tidak rela membiarkan urusan negara berdaulat bernama Malaysia ini diserahkan kepada campur tangan pihak asing walaupun atas alasan Hak Asasi Manusia.