PERMOHONAN SEKOLAH KEBANGSAAN BARU DI CYBERJAYA & MEMPERBAIKI FASILITI SKCJ YANG SEDIA ADA

PERMOHONAN SEKOLAH KEBANGSAAN BARU DI CYBERJAYA & MEMPERBAIKI FASILITI SKCJ YANG SEDIA ADA

0 have signed. Let’s get to 5,000!
At 5,000 signatures, this petition is more likely to get picked up by local news!
PIBG SKCJ started this petition to Ibu Bapa Penjaga SK Cyberjaya and

Petisyen ini dibuat berikutan permohonan ramai ibu bapa dan penjaga SK Cyberjaya untuk pihak berwajib yang bertanggungjawab menilai semula keadaan fasiliti di Sekolah Kebangsaan Cyberjaya yang sedia ada.

Ini ditambah dengan peningkatan mendadak dalam penempatan murid di SK Cyberjaya yang mencapai lebih 2,000 orang pada Tahun 2021, dan dijangka meningkat kepada 2,500 orang pada 2022.

Dengan murid Tahun 1 sahaja sudah senjangkau 13 kelas dihuni lebih 500 orang murid (purata 45 orang dalam 1 kelas) pada Tahun 2021.

Pihak PIBG SKCJ telah mengangkat perkara ini kepada pihak berwajib termasuk perlunya ada sekolah baru di kawasan Cyberjaya bagi menampung peningkatan jumlah murid ini.

Kesesakan murid juga berkaitan dengan kapasiti jumlah guru-guru untuk mengajar dan berkait dengan Kemenjadian Murid secara keseluruhan.

Petisyen ini juga bertujuan untuk mendapatkan sokongan supaya sekolah kebangsaan yang baru di Cyberjaya diusahakan dan dilaksanakan segera bagi menampung kesesakan murid yang kian mendadak dan mendesak.

Ia juga bertujuan untuk menarik perhatian pemain media sosial yang menyebarkan gambar-gambar kesesakan di SK Cyberjaya, tanpa mengetahui soal asas keperluan sebenar sekolah dan Ibu Bapa/Penjaga di SKCJ.

Mengambil daripada kesempatan kesedaran dan keperihatinan ini, Ibu Bapa Penjaga dan Warga Cyberjaya memerlukan perhatian pihak berwajib untuk meninjau dan meneliti keperluan SK Cyberjaya dan Warga Cyberjaya secara keseluruhan. 

"Pendidikan Untuk Semua"

#StrongerTogether

0 have signed. Let’s get to 5,000!
At 5,000 signatures, this petition is more likely to get picked up by local news!