No more elections! Kesihatan rakyat lebih utama

No more elections! Kesihatan rakyat lebih utama

0 have signed. Let’s get to 100!
At 100 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!
Selamatkan Malaysia Ameen started this petition to Pakatan harapan and

Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong

Patik rakyat Malaysia sekalian yang menandatangani petisyen ini, merafak sembah memohon agar Tuanku tidak memperkenankan sebarang usul dari mana-mana parti atau ahli politik, atau sebarang rencana oleh mereka, untuk mendapat perkenan Tuanku bagi satu pilihanraya mengejut diadakan dalam tempoh terdekat.

Pakar-pakar kesihatan telah menyuarakan kebimbangan akan berlaku gelombang jangkitan Covid-19 yang lebih besar dan lebih sukar dibendung sekiranya pilihanraya diadakan dalam tempoh terdekat ini.

Kita seharusnya mengambil iktibar dari kempen pilihanraya negeri Sabah yang menyaksikan kebaikan mendadak kes Covid-19 di seluruh negara seusainya pilihanraya.

Kerajaan dan ahli politik sekalian seharusnya mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan rakyat dan tidak hanya memikirkan cita-cita politik.

Patik sekalian menjunjung kasih. Ampuan Tuanku. 

 

Rujukan:

Experts raise Covid-19 alarm over holding GE https://bit.ly/3izbTJL

0 have signed. Let’s get to 100!
At 100 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!