KEMBALIKAN TANAH RIZAB MELAYU

KEMBALIKAN TANAH RIZAB MELAYU
Why this petition matters

PUTRA akan menfailkan tindakan di Mahkamah Tinggi Ipoh bagi membatalkan kelulusan Tanah Rizab Melayu seluas 1600 ekar di daerah Manjung kerana tanah ini telah ditukar hak milik kepada bukan Melayu secara tidak sah. Tindakan mahkamah diambil untuk mendapatkan hak Tanah Rizab Melayu supaya dikembalikan kepada Kerajaan Negeri Perak yang diperuntukkan kepada orang Melayu dan bagi memastikan salahguna kuasa dihentikan dari berleluasa.
Tanah Rizab Melayu merupakan salah satu bentuk pemilikan tanah yang telah dikhususkan kepada komuniti natif Melayu seperti yang disyaratkan di dalam enakmen-enakmen rizab Melayu yang wujud sebelum merdeka. Pengujudan undang-undang ini bermatlamat untuk melindungi kepentingan pemilikan tanah kaum Melayu dan menghalang sebarang bentuk urusniaga tanah melibatkan Melayu dan bukan Melayu. Pelbagai isu dan masalah yang dibongkarkan dimana isu kehilangan dan penyusutan Tanah Rizab Melayu berpunca daripada daripada sikap tamak atau kapitalistik pemilik Melayu dan kelemahan pengurusan oleh pihak-pihak kepentingan iaitu pentadbiran tanah negeri-negeri.
Secara puratanya, populasi Tanah Rizab Melayu di Semenanjung Malaysia adalah lebih 30% melalui dapatan dan penemuan audit yang telah dijalankan sekitar tahun 2013 dan dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2013. Meskipun, terdapat peningkatan peratusan Tanah Rizab Melayu, namun beberapa langkah pencegahan dan pengawalan perlu dibuat bagi memastikan nisbah Tanah Rizab Melayu 50% sebagaimana yang disyaratkan di dalam 7 Wasiat Raja-Raja Melayu yang dibuat pada tahun 1957.
Suatu rang undang-undang Rizab Melayu telah diisytiharkan kepada masyarakat awam pada April 1912 bagi menjelaskan tujuan ia diwujudkan bagi melindungi kepentingan tanah masyarakat peribumi Melayu di kawasan luar bandar. Rang undang-undang ini amat disokong oleh Sultan Idris Mursyiddul Azzam Shah dari Perak.
Pada 25 November 1913, selepas beberapa siri pindaan dan penambahbaikan dibuat ke atas rang undang-undang tersebut maka deraf Enakmen Rizab Melayu 1913 (ERM 1913) telah diluluskan dan diwartakan. ERM 1913 telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 1914 dan digunapakai di NMB yang terdiri daripada negeri-negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
Enakmen Rizab Melayu 1913 (NMB No. 15) telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 1914 dimana ia mengandungi 16 seksyen yang merangkumi sekatan dan batasan ke atas sebarang bentuk urusniaga tanah kepada bukan Melayu. Enakmen ini juga memperuntukkan kuasa kepada pihak berkuasa negeri untuk mengisytiharkan kawasan-kawasan tertentu sebagai kawasan simpanan Melayu. Di peringkat awal perwartaan dan penguatkuasaannya, Negeri Perak merupakan negeri pertama yang melaksanakan undang- undang tersebut dimana 13 kawasan di Daerah Larut dan Matang telah diisytiharkan sebagai kawasan simpanan Melayu pada 5 Jun 1914 dan seterusnya diikuti negeri-negeri NMB lain. Sehingga tahun 1923, terdapat kawasan simpanan Melayu berkeluasan 1,126,700 hektar atau 15.58% di sekitar Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
Perwartaan ERM 1913 yang antaranya menjelaskan objektif undang-undang tersebut untuk melindungi kepentingan pemilikan tanah komuniti peribumi Melayu serta menghalang sebarang bentuk urusniaga tanah antara Melayu dan bukan Melayu yang melibatkan TRM. Pewartaan ERM 1913 memberi pandangan positif di NMB dengan mengambil pengalaman yang dilalui oleh masyarakat Melayu di Singapura yang sedang berhadapan dengan pelenyapan kampung-kampung tradisi kesan daripada pembangunan dan pembelian daripada masyarakat pendatang. Disamping itu juga, terdapat dua agenda utama perwartaan TRM iaitu untuk menghalang bukan Melayu untuk memiliki TRM dan menyekat masyarakat tradisi Melayu untuk bermewah-mewah dengan cara menjual tanah mereka kepada bukan Melayu yang semestinya menawarkan harga belian yang tinggi.
Keluasan TRM di Semenanjung Malaysia sehingga tahun 2013 masih lagi tidak mencapai nisbah 50% sebagaimana yang termaktub di dalam 7 Wasiat Raja-Raja Melayu yang telah dipersetujui sebelum merdeka. Keluasan TRM tersebut hanyalah sekitar 31.19% daripada keluasan negeri-negeri Melayu bersultan (tidak termasuk negeri-negeri Pulau Pinang dan Melaka).
Laporan Ketua Audit Negara 2013 telah melaporkan terdapat kelemahan dalam pengurusan TRM di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia. Pengauditan oleh Jabatan Ketua Audit Negara pada tahun 2013 telah menemui beberapa isu dan kelemahan yang di antaranya adalah berpunca daripada kelemahan dari aspek pengurusan, kekurangan maklumat atau data, kekangan masa kakitangan dan lemah dalam kerja-kerja pemantauan pengurusan tanah. Akibat daripada isu dan masalah tersebut terutama yang melibatkan kesilapan rekod dan daftar, telah menyebabkan TRM tidak diendorskan sebagai “Kawasan Simpanan Melayu” dan membolehkan ia diurusniaga kepada bukan Melayu. Kesilapan tersebut telah berlaku lebih 30 tahun akibat ketidakcekapan pegawai yang bertanggungjawab dalam memantau kes-kes tersebut. Namun, langkah pembetulan semula telah disarankan oleh pihak Audit untuk mengembalikan semula TRM yang telah jatuh ke tangan bukan Melayu. Disamping itu juga, terdapat kes-kes dimana dasar penggantian TRM yang dibatalkan status tidak mematuhi peraturan dan ketetapan sebagaimana yang digariskan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Kegagalan pihak pentadbiran tanah berbuat demikian disebabkan oleh kekangan atau keterbatasan tertentu bagi mematuhi syarat similar-in-characters sebagaimana yang telah disyaratkan. Namun begitu, bagi negeri-negeri Perak dan Kelantan, tiada laporan daripada Ketua Audit Negara yang dijalankan. Bagi Negeri Perak, data maklumat mengenai TRM diperoleh daripada Laporan Tahunan Jabatan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak 2014. Oleh itu, isu dan masalah berkaitan dengan pengurusan TRM bagi negeri-negeri tersebut tidak dapat dikenalpasti. Dengan demikian, keluasan tanah sebagaimana yang dilaporkan secara lisan melalui akhbar-akhbar arus perdana masih boleh dipertikai dari segi keluasan sebenar, lokasi dan sebagainya.
Decision-Makers
- Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak