Mewujudkan Sekolah Dua Sesi di Putrajaya

0 have signed. Let’s get to 100!


Mulai tahun 2019, pengambilan murid tahun satu di WP Putrajaya dihadkan hanya kepada penduduk WP Putrajaya. Ini kerana bilangan sekolah sedia ada tidak lagi dapat menampung jumlah kemasukan murid yang semakin bertambah. 

Ini menimbulkan kesulitan khususnya buat penjawat awam yang bekerja di WP Putrajaya dan tinggal diluar kawasan Putrajaya. Pelbagai faktor perlu diambilkira, antaranya faktor keselamatan anak-anak kecil yang dibiarkan menjalani kehidupan seharian bersendirian tanpa pengawasan ibubapa, kesukaran ibubapa untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah, serta pentingnya waktu berkualiti ibubapa dalam proses tumbesaran anak-anak.

Bagi mengatasi masalah ini, kami ingin menggesa agar Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan sesi persekolahan dua sesi bagi semua sekolah di Putrajaya mulai Tahun 2019 bagi menampung permintaan tinggi penempatan murid-murid tahun satu di kawasan ini.

Diharapkan petisyen ini dapat dipertimbangkan selaras selaras dengan konsep “Work Life Balance” dan visi Kementerian - Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera bagi memenuhi misinya iaitu Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.



Today: Kyriawanie is counting on you

Kyriawanie Kamaruddin needs your help with “Dr. Maszlee Malik: Wujudkan Sekolah Dua Sesi di Putrajaya”. Join Kyriawanie and 8 supporters today.