Tutup Sekolah Vernakular (Sekolah Jenis Kebangsaan)

Tutup Sekolah Vernakular (Sekolah Jenis Kebangsaan)
Why this petition matters

Tidak ada mana-mana negara di seluruh dunia termasuk negara jiran kita yang paling hampir, Singapura pun tetap mengangkat sistem pendidikan satu aliran walaupun mereka juga berbilang bangsa.
Mereka yang tidak bersetuju dengan sistem sekolah satu aliran sebagai antiperpaduan. Sudah tiba masanya sistem pendidikan kita perlu diubah untuk memperkukuhkan perpaduan kaum
Masalah perpaduan kaum di negara ini berpunca daripada sistem persekolahan yang tidak selaras, dengan wujudnya sekolah pelbagai aliran.
Di setiap sekolah vernakular, contohnya Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina, SJK Tamil, mereka lebih menggunakan bahasa ibunda masing-masing menyebabkan mereka kurang menguasai bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
Isu ini sudah lama dibahaskan kerana jika kita lihat isu berkaitan sekolah vernakular, sebenarnya ia tidak dapat menyatukan kaum untuk membentuk perpaduan.
Jadi sekolah satu aliran adalah cara terbaik untuk mendidik serta memupuk integrasi nasional dalam kalangan generasi masa depan yang bakal mewarisi negara ini
sekolah vernakular di negara ini hanya menjadi penghalang kepada perpaduan rakyat.
Permulaannya, Malaysia mahu mempunyai satu sistem sekolah kebangsaan, bagaimanapun, sesetengah orang meminta agar mereka dibenarkan mengikut budaya mereka sendiri, budaya negara-negara asal mereka.
Dasar pengasingan kaum telah berlaku sejak zaman British di negara ini dahulu yang bertujuan melemahkan penentangan orang tempatan terhadap penjajah.
Pengasingan ini berjaya mencapai matlamatnya apabila semua kaum terpisah dengan cara yang sangat sistematik.
Tetapi selepas negara mencapai kemerdekaan dan penjajah balik ke negara asalnya, dasar penjajah diteruskan dalam bentuk baru dengan wujudnya sekolah berteraskan kaum iaitu sekolah vernakular.
Malaysia boleh ambil contoh tindakan negara jiran Singapura menghapuskan sekolah vernakular dalam merapatkan jurang antara rakyat. Singapura telah memansuhkan sekolah vernakular pada tahun 1967