Memohon Cuti Peristiwa Khas pada 10 Mei 2018 sempena Pru-14

0 have signed. Let’s get to 25,000!


Kepada:

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, Dato' Sri Alias Bin Haji Ahmad

Tuan,

Berhubung perkara di atas, bahawasanya kami guru-guru ingin memohon pertimbangan pihak tuan untuk mengumumkan Cuti Peristiwa Khas pada hari Khamis, 10 Mei 2018 sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang jatuh pada hari Rabu, 9 Mei 2018.

2. Seperti yang telah dimaklumi, pada 10 April yang lalu, pihak tuan telah mengumumkan Cuti Peristiwa Khas kepada semua sekolah harian sempena PRU-14 pada hari pengundian iaitu hari Rabu, 9 Mei 2018.

3. Walau bagaimanapun pada 11 April, pihak Pejabat Perdana Menteri telah mengisytiharkan hari Rabu, 9 Mei 2018 sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena hari mengundi (PRU-14). Ini sekaligus menyebabkan Cuti Peristiwa Khas yang diumumkan terlebih dahulu oleh pihak tuan tidak bermakna (invalid).

4. Sehubungan itu, pihak kami memohon pertimbangan pihak tuan untuk meminda tarikh Cuti Peristiwa Khas yang telah diumumkan itu kepada hari Khamis, 10 Mei 2018 untuk memudahkan urusan pengundian bagi guru-guru yang kebanyakannya mengundi di luar kawasan bertugas.

Pertimbangan pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.



Today: Fatahal is counting on you

Fatahal Hazmy needs your help with “Datuk Seri Mahdzir Khalid: Memohon Cuti Peristiwa Khas pada 10 Mei 2018 sempena Pru-14”. Join Fatahal and 17,512 supporters today.