Jaminkan hak mengundi setiap Anak Sarawak yang layak di Pilihan Raya Negeri Sarawak 2021

0 have signed. Let’s get to 1,000!


Jaminkan hak mengundi untuk semua warga Sarawak yang layak dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak 2021! Jangan mengecualikan pengundi di luar negeri, luar bandar dan muda.

Sarawak setuju bersama Malaya, Sabah dan Singapura membentuk Malaysia pada 16 September 1963 atas janji bahawa warga Sarawak ada hak  menjadi penentu masa depan mereka dan juga dalam Persekutuan Malaysia.

Malangnya, janji ini telah diabaikan selama ini apabila warga Sarawak yang bekerja, belajar atau menetap di luar Sarawak – dianggarkan seramai 200,000 atau lebih di Semenanjung Malaysia sahaja – berhadapan dengan halangan yang tidak sepatutnya ada untuk membuang undi di pilihan raya kedua-dua peringkat persekutuan mahupun negeri. Bagaimana kita dapat mengatakan bahawa mereka diberikan hak untuk menentukan masa depan mereka kalau akses kepada hak mengundi ini tiada?

Pandemik Covid-19 kini memberi ancaman yang lebih besar kepada hak Anak Sarawak untuk menentukan masa depan mereka, apabila ahli politik yang tamak cuba mengisytiharkan darurat – di mana ianya akan mengurangkan peluang pekerjaan dan menambah lagi kesulitan hidup untuk warga Sarawak, yang telah pun dipinggirkan selama enam dekad walaupun Sarawak kaya dengan sumber semula jadi.

Walaupun cadangan darurat telah ditolak, warga Sarawak masih gusar pandemik Covid-19 akan digunakan sebagai alasan untuk mengawal dan mencacatkan pilihan raya dan mengakibatkan hak pengundian diaspora warga Sarawak dan belia Sarawak berusia antara 18 hingga 21 dilucutkan, serta menghalang  hak pengundi Sarawak untuk meneliti calon-calon, mempertimbangkan isu-isu dan membuat pilihan berasaskan maklumat, di kotak undi.

Kami menggesa Kerajaan Negeri Sarawak dan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mengambil tiga langkah ini bagi memastikan semua warga Sarawak dapat menentukan masa depan negeri ini dalam Pilihan Raya Negeri 2021:

(a) Kerajaan Negeri Sarawak berkhidmat sehingga habis penggal pada 6 Jun 2021 agar pilihan raya dapat diadakan paling lewat pada 5 Ogos 2021;

(b)Memperluaskan kemudahan pengundian tidak hadir untuk memastikan semua rakyat Sarawak yang layak, sama ada mereka berada dalam atau luar Sarawak pada hari pengundian;

(c)Menayangkan debat pemimpin parti dan siaran percuma untuk semua calon pilihan raya sebagai ganti kempen di lapangan.

Atas kasih sayang terhadap Ibupertiwi Sarawak dan Malaysia, Datuk Abang Johari dan Datuk Abdul Ghani Salleh, kami memohon kerjasama yang tulus dan bersemangat antara Kerajaan Negeri Sarawak dan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mencapai ketiga-tiga matlamat ini, dan berikut adalah alasan kami.

Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 5 Ogos selepas Dewan Undangan Negeri menghabiskan penggalnya

  • Sekiranya Datuk Abang Johari sebagai Ketua Menteri tidak membubarkan DUN dengan lebih awal, DUN Sarawak hanya akan menghabiskan penggal pada 6 Jun 2021.
  • Pilihan Raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran DUN, maka SPR boleh mengadakan pilihan raya selewat-lewatnya 5 Ogos 2021.
  • Ini adalah selari dengan nasihat Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Datuk Noor Hisham Abdullah untuk mengelakkan pilihan raya lebih awal.
  • Dari sekarang hingga 5 Ogos, Sarawak mempunyai 9 bulan, dijangka vaksin dijangka tersedia.
  •  Disebabkan penurunan umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun (Undi 18) dan pendaftaran pengundi secara automatik akan dilaksanakan pada Julai 2021 (https://themalaysianreserve.com/2020/07/15/undi18-automatic-voter-registration-by-july-2021/ pilihan raya awal sama ada keputusan tersebut dari kerajaan negeri atau SPR, akan dilihat sebagai keputusan sengaja untuk menghalang belia Sarawak berumur dari 18 ke 21 tahun untuk bersuara.

Peluasan segala kemudahan pengundian tidak hadir kepada diaspora Sarawak yang bekerja, belajar atau menetap di Semenanjung, Sabah, Labuan serta di Singapura, Brunei, Kalimantan dan Selatan Thailand.

  • Negara seperti Korea Selatan, New Zealand dan Amerika Syarikat telah memperluaskan kemudahan pengundian tidak hadir – undi pos, undi awal, pengundi jarak jauh – untuk melindungi kedua-dua kesihatan rakyat dan hak demokratik.

  • Warga Sarawak yang bekerja, belajar atau menetap di Semenanjung, Sabah, Labuan, Singapura, Brunei, Kalimantan dan Selatan Thailand walaubagaimanapun telah dinafikan hak mengundi sejak sekian lama.

  • Disebabkan diaspora Sarawak yang miskin telah dihalang oleh kos yang tinggi untuk pulang mengundi semasa pilihan raya negeri atau persekutuan, hak mengundi tidak lagi menjadi hak sejagat untuk warga Sarawak yang layak, tetapi menjadi keistimewaan dalam sistem antara dua darjat.
  • Pandemik Covid-19 bermakna lebih banyak sekatan perjalanan dan kuarantin, serta syarat kemasukan ke Sarawak yang lebih ketat, sekaligus menjadikannya lebih sukar bahkan mustahil untuk warga Sarawak mengambil cuti dan pulang mengundi.

  • Larangan perjalanan rentas negeri dan rentas daerah yang dicadangkan oleh KP Kesihatan Tan Sri Datuk Noor Hisham bermakna mereka yang berasal daripada pedalaman Sarawak namun bekerja atau mencari nafkah di bandar yang besar seperti Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu mungkin tidak dapat mengundi. https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/10/30/dr-noor-hisham-elections-can-proceed-amid-covid-19-sans-cross-border-travel/1917911 .

  • SPR justeru harus dengan segera memasukkan Peraturan-peraturan yang bersesuaian untuk meluaskan akses kepada pengundi tidak hadir – sama ada dengan pengundian secara pos, undi awal atau undi jarak jauh – untuk mereka yang tidak dapat pulang akibat halangan perjalanan dalam dan antara negeri dan daerah.

  • Jawatankuasa Pengundi Tidak Hadir SPR yang diumumkan pada Julai 2019 mesti bertindak segera untuk menghentikan halangan sistemik yang menjijik ini yang menjejaskan hak mengundi terutamanya untuk warga Sarawak miskin yang terpaksa mencari kehidupan di luar Sarawak hasil peminggiran Sarawak dalam Malaysia.

  • Kegagalan SPR untuk bertindak bagi memastikan kemudahan pengundian tidak hadir sebelum 5 Ogos 2021 hanya dapat ditafsirkan sebagai sikap Putrajaya, yang “tidak pedulikan” dalam sangkaan paling baik, atau yang “memusuhi” dalam sangkaan paling teruk, rakyat Sarawak, yang mesti ditolak dengan beraninya oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

Menayangkan debat pemimpin parti dan siaran percuma untuk semua calon pilihan raya sebagai ganti kempen di lapangan

  • Larangan berhimpun dan kempen pintu ke pintu tanpa ada gantian aktiviti kempen akan memaksa pengundi Sarawak membuat pilihan tanpa maklumat yang penuh terutamanya di pedalaman Sarawak yang paling menerima padah jurang digital di Malaysia.
  • Untuk melindungi hak demokratik dan kesihatan pengundi, SPR mesti menggunakan kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan di bawah Perkara 115 untuk menyusun bersama RTM siaran langsung debat pemimpin parti dan siaran secara percuma di radio dan TV untuk semua calon di semua kawasan pilihan raya.

Datuk Patinggi Abang Johari dan Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Abdul Ghani Salleh dan SPR, kami memohon kerjasama kalian untuk membenarkan semua rakyat Sarawak yang layak mendapat peluang bermakna untuk menentukan masa depan Sarawak.

Tahun 2021 akan menjadi tahun ke 58 Sarawak dalam Malaysia. Kami tidak dapat lagi bertolak ansur dengan halangan yang mengecualikan sebahagian undi warga Sarawak. Warga Sarawak yang terpaksa meninggalkan rumah untuk mencari kehidupan atau belajar kerana pembangunan tidak serata di Malaysia, tidak harus lagi dipinggirkan atas asas teknikal atau pentadbiran. Juga tidak sewajarnya warga Sarawak berumur 18 dan 21 dinafikan undi mereka.  

Sekurang-kurangnya untuk kali ini, sila hormati janji 1963 bahawa warga Sarawak akan menjadi penentu masa depan mereka di Sarawak, dan bersama rakyat Malaysia yang lain, di Malaysia. Kami bukanlah warganegara kelas kedua.

Agi Idup Agi Ngelaban!

Petisyen oleh Bersih Sarawak bertarikh 2hb November 2020

                               ********* PETITION IN ENGLISH *********

Guarantee voting rights of every Sarawakian in the 2021 Sarawak State Election! Don’t exclude diasporic, rural and young voters.

Sarawak joined Malaya, Sabah and Singapore to form Malaysia on 16 September 1963 on a promise that Sarawakians would be masters of their own destiny in both their home state and the Federation of Malaysia.  

Unfortunately, this promise has been compromised in the past when Sarawakians working, studying or living outside Sarawak – an estimate of 200,000 or more alone in Semenanjung Malaysia – faced unnecessary obstacles in casting their votes in both federal and state elections. How then can we say they are given the right to determine their own destiny when their right to vote is so inaccessible?

The Covid-19 pandemic now poses a greater threat to the right of Anak Sarawak in determining their future, as unscrupulous politicians attempt proclamation of emergency – which would kill jobs and cause greater hardships for Sarawakians, who are already marginalised for nearly six decades despite Sarawak’s rich natural endowment.

Even with the threat of emergency removed, Sarawakians remain concerned that the Covid-19 pandemic may be used to cause a controlled and flawed state election in 2021, which effectively disenfranchises both diasporic Sarawakians  and young Sarawakians aged between 18 and 21, and suppresses Sarawakian voters’ right to scrutinise candidates, consider issues and make informed choices at the polling booths.

We call upon the Sarawak State Government and the Election Commission to undertake these three measures to ensure that all eligible Sarawakians can decide their home state’s future in the 2021 state election:

(a) Sarawak State Government serving full term until June 6, 2021 for elections to be held latest by August 5, 2021;

(b) Expansion of absentee voting facilities to ensure all eligible Sarawakians, whether they are within or without Sarawak on polling day;

(c) Televised party leaders’ debate and free airtime for all candidates to replace in-person campaigning.

For the love of Sarawak and Malaysia, Datuk Abang Johari and Datuk Abdul Ghani Salleh, we plea for the sincere and enthusiastic collaboration of both Sarawak State Government and the Election Commission to achieve these three goals, and here are our reasons.

State Election on August 5 after State Assembly running its full term

  • If Datuk Abang Johari as Chief Minister does not seek an early dissolution, the Sarawak State Assembly will serve its full term until 6th June 2021.
  • As elections must be called within 60 days after the DUN’s dissolution, the Election Commission can hold it as late as August 5, 2021.
  • This will be in line with the advice of Health Director-General Tan Sri Datuk Noor Hisham Abdullah to avoid early elections.
  • From now till August 5, Sarawak has effectively NINE months, by which time  vaccines are expected to be available.
  • As both lowering of voting age from 21 to 18 (Undi 18) and automatic voter registration (AVR) are to be implemented by July 2021. https://themalaysianreserve.com/2020/07/15/undi18-automatic-voter-registration-by-july-2021/ an early election, whether by decision of the State Government or the Election Commission, would be seen a deliberate move to prevent the voices of Sarawakian youth aged between 18 and 21 to be heard.

Immediate Extension of Absentee Voting Facilities to include diasporic Sarawakian working, studying or living  in Semenanjung, Sabah, Labuan as well as Singapore, Brunei, Kalimantan and Southern Thailand.

  • Countries from South Korea, New Zealand to United States are expanding absentee voting facilities – postal, early, remote – to protect both citizens’ health and democratic rights.
  • Sarawakians working, studying or living in Semenanjung, Sabah, Labuan, Singapore, Brunei, Kalimantan and Southern Thailand however have been denied absentee voting facilities all along.
  • As poorer Sarawakian disaporas are deterred by the high costs to fly back to vote in state or federal elections, voting is no longer a universal right for all eligible Sarawakians, but a privilege in a “dua darjat” (two-class) system.
  • The Covid19 pandemic means more travel and quarantine restrictions, and stringent entry requirements into Sarawak, making it even more difficult or even impossible for ordinary Sarawakians to take leave and go home to vote.
  • Banning of inter-state and inter-district travel alluded by the Health Director- General Tan Sri Datuk Noor Hisham Abdullah means even those from rural Sarawak but who work or seek a living in cities or bigger towns like Kuching, Sibu, Miri and Bintulu may be disenfranchised. https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/10/30/dr-noor-hisham-elections-can-proceed-amid-covid-19-sans-cross-border-travel/1917911 .
  • The Election Commission must therefore quickly put into place necessary regulations to expand access to absentee voting, -- whether by way of the postal vote (mail-in ballot), early voting or distant voting -- for those who cannot return home because of inter-state and inter-district travel restrictions.
  • The Election Commission’s Committee on Absentee Voters (Jawatankuasa Pengundi Tidak Hadir) announced in July 2019 must act now and stop this repelling systemic vote suppression affecting poor Sarawakians who are forced to earn a living as a result of Sarawak’s marginalisation within Malaysia.
  • Failure of the EC to act to ensure ample absentee voting facilities before 5th of August 2021 can only be interpreted as Putrajaya’s apathy at best, hostility at worst against Sarawakians, which the Sarawak State Government must courageously stand up against.

Televised party leaders’ debate and free airtime for candidates to replace in-person campaigning

  • Banning of rallies and door-to-door canvassing without substitutes would be akin to forcing Sarawakian voters to make uninformed choices, especially in rural Sarawak which bears the brunt of the digital divide in Malaysia.
  • To protect both Sarawakian voters’ health and democratic right, the Election Commission must use its constitutionally-enshrined powers under Article 115 to arrange for RTM to televise party leaders debate and free air times on radio and TV for all candidates in all constituencies.

Datuk Patinggi Abang Johari and the Sarawak State Government, Datuk Abdul Ghani Salleh and the Election Commission, we plea for your sincere efforts to allow all eligible Sarawakians to have a meaningful say in the future of our Fairland Sarawak.

2021 would be Sarawak’s 58th year in Malaysia. We will no longer tolerate suppression of Sarawak votes. Sarawakians who have to leave their home to earn a living or to study because of unequal development in Malaysia must no longer be disenfranchised on administrative or technical grounds. Neither should Sarawakians aged 18 and 21 be denied their votes.

For once, please honour the 1963 promise that Sarawakians are to be masters of our own destiny in Sarawak, and together with other Malaysians, in Malaysia. We are no second-class citizens.

Agi Idup Agi Ngelaban!

A Petition by Bersih Sarawak

Dated 2nd November 2020