Mahasiswa Membantah Kenaikan Yuran: Justifikasi dan Tuntutan

0 have signed. Let’s get to 10,000!


Mahasiswa Membantah Kenaikan Yuran: Justifikasi dan Tuntutan

Berikutan dengan masalah kenaikan yuran pengajian dan sistem ‘shuttle bus’ yang berlaku kebelakangan ini, Suara Siswa UM menggesa supaya pihak pentadbiran universiti boleh mengambil berat dan menghormati hak mahasiswa dengan menangani dan menyelesaikan masalah-masalah tersebut.

 

Hal ini berikutan dengan keputusan Bendahari UM untuk menaikkan yuran pelajar ijazah dasar sebanyak RM50 (RM100 untuk pelajar baharu) tanpa mengeluarkan sebarang notis terlebih dahulu. Dalam isu ini, kami menyenaraikan tiga kelemahan utama pihak pentadbiran dalam menangani masalah ini:

i.         Kekurangan ketelusan dalam operasi pentadbiran yang menyebabkan kebajikan mahasiswa terjejas. Pihak pentadbiran tidak memberikan sebarang justifikasi terhadap kegunaan atau keperluan kutipan yuran yang berlebihan. Malah, tiada sebarang tindakan yang diambil oleh mereka untuk mengumumkan keputusan tersebut dan mahasiswa sendiri yang mengetahui perkara ini tanpa sebarang notis. Hal ini menimbulkan keraguan terhadap kredibiliti pihak pentadbiran universiti dan keberkesanan mekanisma “check and balance” dalam pentadbiran universiti.

ii.        Keadilan prosedur yang tidak dipatuhi oleh pihak pentadbiran.  Sebelum melaksanakan sebarang dasar, pihak pentadbiran perlu menyediakan platform yang adil dan berkesan bagi pihak yang terlibat untuk menyuarakan pendapat mereka. Pihak pentadbiran perlu mengambil langkah secara proaktif dalam berkomunikasi dan berinteraksi dengan mahasiswa mengenai perkara ini. Adalah amat dikesali bahawa pihak pentadbiran telah mengabaikan aspek ini dan secara tidak langsung, telah melemahkan reputasi Universiti Malaya sebagai universiti terulung di Malaysia.

iii.       Melanggar semangat kontrak antara mahasiswa dengan universiti. Surat tawaran kemasukan ke universiti yang dianggap sebagai kontrak mengandungi terma dan syarat kemasukan universiti termasuk terma yuran tuisyen universiti. Apabila seseorang itu bersetuju dengan tawaran kemasukan, hal ini bermakna kontrak telah diwujudkan antara universiti dengan mahasiswa tersebut. Sebarang kenaikan yuran bersamaan dengan pelanggaran kontrak kerana pihak pentadbiran gagal menepati terma dan syarat seperti yang tertera dalam surat tawaran kemasukan.

Kami berharap agar pihak universiti dapat memberi perhatian dan menghormati pendapat pelajar dan memperbetulkan kesilapan ini dengan segera. Berikut adalah tiga tuntutan kami terhadap pihak pentadbiran universiti:

i.         Membayar balik caj yuran yang berlebihan tanpa syarat kepada mahasiswa yang terlibat;

ii.        Menyelesaikan segala masalah berkaitan dengan isu kewangan pelajar untuk mengelakkan kelewatan pendaftaran kursus pelajar;

iii.       Menyatakan terma dan syarat kemasukan universiti dalam surat tawaran dan kegunaan setiap butiran yuran dengan jelas dan telus.

 

Kami menyeru agar pihak pentadbiran universiti menitikberatkan masalah ini dengan serius. Sekiranya pihak pentadbiran gagal menangani masalah ini, hal ini akan mempengaruhi kredibiliti dan nama baik Universiti Malaya.  Kejadian yang serupa pernah berlaku seperti caj yuran berlebihan sebanyak RM300 terhadap pelajar Fakulti Kejuruteraan bagi Latihan Industri, caj sebanyak RM50 bagi kertas skrol sijil tamat pengajian dan lain-lain.

 

Kami yakin bahawa dengan reputasi Universiti Malaya sebagai universiti terulung di Malaysia, pihak pentadbiran Universiti perlu memupuk nilai-nilai teras seperti nilai berdaya saing, akauntabiliti dan ketelusan dalam sistem pentadbiran universiti. Akhir sekali, kami menyeru agar pihak pentadbiran dapat menitik berat tuntutan kami dan mengambil langkah seterusnya dengan professional dalam menangani masalah kenaikan yuran universiti, memperbetulkan sistem pentadbiran, meningkatkan mekanisme akauntabiliti yang sedia ada, dan memastikan adanya komunikasi antara pihak pentadbiran dengan pihak yang terlibat supaya masalah yang sama tidak berulang lagi.

 

 

English statement:

Students Reject Hike in Tuition Fee: Justification and Demands

 

Suara Siswa UM strongly urges the University to pay heed to and respect the students’ welfare. The University should without any further delay give an effective solution to the recent unannounced hike in tuition fee as well as the problematic campus shuttle bus services.

It is to be noted that UM bursary has, without any prior notice, increased the tuition fee of the undergraduate students by RM50. Regarding this issue, we criticise the University for:

(i)       its lack of transparency in the decision making process on matters which will affect the welfare of the students. Not only did the University failed to justify the necessity of the increase in the tuition fees for undergraduate courses before reaching such a decision, the University did not even attempt to take any initiative to announce the hike in tuition fees. It was the students who discovered it on their own. We believe that such an incident casts serious doubt on the University’s credibility and the effectiveness of the check and balance mechanism within the administration of the University.  

(ii)     its failure to observe the due process of decision making before implementing changes that will affect the students’ welfare. Before the implementation of any policies, the University should provide a fair and effective platform to those interested parties to reflect their views. The University should proactively engage the students in the process, respect their voices, and take into account their concerns. In this matter, it is thus most regrettable that the University has decided to disregard the above mentioned duties, which we think would have inevitably undermined the reputation of the University as the highest-ranked institution in Malaysia. 

(iii)      turning its back on its contractual agreement with the students. It has been expressedly laid down and stated in the offer letter all the terms and conditions pertaining to the matters of students' enrollment to the University, which includes but is not limited to the tuition fees. As soon as the offer is accepted by the students, a valid contract is formed and the legal effect and obligations of which would ensue accordingly. Hence, it could be amounted to a breach of the terms of contract if the University does not honour its promise with regards to the tuition fee set out in the offer letter.


Therefore, we hope that the University will pay attention to and respect the students’ urge, and take necessary action to rectify the situation. It is also our earnest request that the University:


1.        Unconditionally refund the additional fees that has impacted the students.

2.        Immediately resolves any accounting hiccup incidental thereto, so as to not affect the students' course registration.

3.        Clearly stipulates the terms and conditions in the offer letter, and make transparent the purpose and use of the student’s tuition fee.

 
We would also like the University to take this incident seriously, as whether the University is able to resolve this incident effectively has a great bearing on the credibility and reputation of the University. It should be noted that there have been similar incidents have happened before. For instance, the imposition of RM 300 on the internship programme for the Faculty of Engineering, the RM 50 sur-charge for graduation scroll, etc.


We strongly believe, as the leading institution of higher education in Malaysia, the University should always uphold ‘competency’, ‘accountability’ and ‘transparency’ as its core values in day to day administration. We implore the University to take professional action to solve the issue of additional tuition fees, enhance the check and balance mechanism within the administration system, improve the standard of administration work, as well as constantly engaging the students in the process of policy-making and decision-making to avoid similar incident from happening in the future.

 

 

中文文告:

学生拒绝额外收费:理由和诉求

大专声阵线(Suara Siswa UM)在此公开我们的诉求,希望校方能重视及尊重学生的权益,迅速处理并解决额外学费及巴士系统问题。

事发症结在于马大财务部突然向所有本科生收取额外的50令吉(新生则为100令吉),在此我们针对额外学费事件,列出校方的三大错误:

一、   校方放纵黑箱作业,行政操作欠缺透明度。校方不但没有事先向学生交代额外费用的用途及去处,甚至还等到学生自己察觉了问题,事情才被爆料出来。这不禁让人怀疑校方企图瞒天过海、浑水摸鱼,并质疑其问责机制和大专学府的公信力。

二、   校方违反程序正义,擅自为学生做主。在推行任何政策前,校方必须提供一个公平且平等的平台,与相关利益者咨询意见,并尊重他者的权益。针对此事,校方更应该积极与学生进行对话及谈判。无奈,校方却选择绕过此道,行走捷径,彰显其不专业的态度,典当了马大作为第一学府的声誉。

三、   校方违背契约精神,出卖学生对校方的信任。大学录取信作为合约蓝本,内容表明一切入学条款,其中也包括课程学费。而当学生答应进入马大,则意味着校方与学生签订的合约正式生效。如今,账户却显示学费总额为多出50令吉或100令吉,与当初信件所列明的款项有明显冲突,证明校方无法完善履行契约承诺,或在订约的时候便有欺诈之嫌。

我们希望校方能聆听及尊重学生的民意,并且及时纠正所犯下的错误。在此,我们向校方提出三大诉求:

一、 无条件全数退款给受影响的学生。

二、 立即处理账目问题,避免拖累学生的课程登记。

三、 清楚列明入学条款,并透明化学费用途及去处。

我们呼吁校方重视事情的严重性,因为校方能否解决此问题,将影响马来亚大学的信用及声誉。此事并非首案例,之前也发生过类似事件,如:工程学院征收额外300令吉作为实习课程学费、大学征收额外50令吉作为毕业证书费用等等。

我们相信,马来亚大学作为全国第一学府,务必贯彻具有核心竞争力(competency), 问责(accountability), 透明(transparency)的核心价值。最后,我们呼吁校方正视三大诉求,并采取进步及专业的态度处理“额外收费”事件,妥善所有行政工作,加强现有的问责机制,并确保时时刻刻与利益相关者进行沟通,以避免类似事件重蹈覆辙。

Ahli-ahli dalam Suara Siswa UM:

1.     马大新青年 UMANY

2.     Demokrat UM

3.     Angkatan Mahasiswa UM

 



Today: Committee of 'Suara Siswa - Mansuh AUKU' is counting on you

Committee of 'Suara Siswa - Mansuh AUKU' needs your help with “Datuk Dr. Abdul Rahim Hashim: Mahasiswa Membantah Kenaikan Yuran: Justifikasi dan Tuntutan”. Join Committee of 'Suara Siswa - Mansuh AUKU' and 8,343 supporters today.