Mengembalikan Keahlian dan Jawatan Ahli Majlis Tertinggi Dato Lokman Adam ke dalam Umno

Mengembalikan Keahlian dan Jawatan Ahli Majlis Tertinggi Dato Lokman Adam ke dalam Umno

0 have signed. Let’s get to 500!
At 500 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!
Nuriah Ibrahim started this petition to Dato Seri Zahid Hamidi and

Apabila YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan sokongan Perikatan Nasional dan juga ahli-ahli Parlimen lain disahkan akan dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan, pelbagai serangan peribadi dilakukan kepada Perdana Menteri kelapan melalui pelbagai medium sosial media.  Anak-anak muda termasuk golongan Melayu yang terpelajar telahpun dipergunakan untuk membuat demonstrasi dan menyebarkan propaganda-propaganda untuk menjatuhkan kerajaan yang telahpun diperkenankan oleh DYMM SPB Yang Dipertuan Agung. 

Dato Lokman bin Adam adalah pejuang jitu untuk negara dan bangsa Malaysia yg terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

Kami memohon MT Umno mempertimbangkan mengembalikan jawatan dan keahlian YB Dato' Lokman Adam kepada Umno.

Dato Lokman adalah pejuang yang berjiwa patriotik dan berpendirian tegas demi agama, bangsa dan negara dan masih menunjukkan kesetiaan kepada Umno walaupun sudah dikeluarkan dari parti Umno tempoh hari.

Semenjak kekalahan BN pada PRU 14, Dato Lokman terus-menerus melalui NGO Pemantau meneruskan pelbagai kempen2 pencerahan kpd rakyat walaupun dengan kekangan bajet dan BN bukan lagi kerajaan yang memerintah.

Dato Lokman terlibat dengan kesemua PRK yang melibatkan BN dan Umno, hampir setiap hari, Dato Lokman berkempen melalui sosial media tanpa cuti dan rehat.

Kami memerlukan kepimpinan muda yang amat berpengalaman dan aktif seperti Dato Lokman melalui sosial media untuk meneruskan perjuangan, antaranya:

1. Kempen pendaftaran pengundi2 anak muda

2.  Menghidupkan Utusan Malaysia dan Utusan Melayu, Media TV3, kembalikan peluang2 pekerjaan petugas media dan memperkasakan Bahasa Kebangsaan

3.  Memperkasakan ekonomi Melayu dan Bumiputra dgn ASB, Tabung Hj juga diuruskan oleh wakil2 Bumiputra selain dpd wakil kerajaan demi memastikan aset2 Bumiputra tidak dirampas dan dijual dgn harga yg tidak munasabah

4.  Lain-lain usaha yang akan diusulkan kemudian. 

Dato Lokman berani mengambil risiko dan satu2nya yg memperjuangkan maruah DSN apabila DSN dihina oleh bekas pelajar UM sampai terpaksa menghadapi tindakan undang2.

Pengorbanan dan pengalaman Dato Lokman telah berjaya mengembalikan maruah dan memperkasakan ekonomi Malaysia terutama bangsa Bumiputra yang banyak dipinggirkan apabila di bawah kepimipinan PH. 

Dato Lokman adalah ahli MT yang mempunyai ramai pengikut melalui pelbagai medium di sosial media.

Kejayaan mengekalkan kerajaan sekarang dan memenangi PRU atau PRK akan datang amat bergantung kepada pemimpin yang dapat memberikan pencerahan dan menangani pelbagai serangan melalui sosial media,  serangan2 RBA melalui berita palsu dan propaganda semakin rancak dan kelihatan sudah berjaya menusuk pemikiran anak2 muda termasuk mereka yang berpelajaran tinggi dan mendapat kemudahan pembelajaran melalui inisiatif-inisiatif yang dianjurkan oleh kerajaan Barisan Nasional terdahulu.

Insya Allah, dengan kemasukan Dato Lokman Adam semula ke dalam Umno, Dato Lokman boleh menggerakkan jentera parti supaya rakyat Malaysia dapat menikmati dan mengekalkan pencapaian kehidupan yang lebih sejahtera dan cemerlang.

0 have signed. Let’s get to 500!
At 500 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!