Industri Muzik Tolak Finas, Ingin Badan Kawal Selia Lantikan Kalangan Penggiat Aktif

0 have signed. Let’s get to 5,000!

Juan Wan
Juan Wan signed this petition

Industri müzik kini dilanda pelbagai masaalah dan kesukaran untuk menyesuaikan diri dan mencari jalan untuk terus bertahan dalam norma baru.

Sedang kami, industri muzik Malaysia, berharap dan menunggu untuk khabar yang lebih positif dalam bentuk perancangan dan tindakan susulan dari pihak kerajaan, terdengar desas-desus mengatakan ada segelintir melobi untuk industri muzik Malaysia diletakkan di bawah FINAS. 

Kami, seperti disenaraikan di bawah, MEMBANTAH SEPENUHNYA tindakan tersebut KECUALI pemilihan wakil industri dijalankan secara telus dan adil di kalangan penggiat sendiri. 

Ini adalah kerana kami tidak mempunyai kepercayaan terhadap pentadbiran semasa FINAS, termasuk pihak yang pernah menjadi penyelia industri muzik sendiri tetapi tidak membawa sebarang kesan positif.

Industri kita memerlukan perwakilan yang ikhlas dan mempunyai visi serta semangat daya saing yang tinggi, bukan sahaja untuk mengembangkan dan terus membangunkan industri tanahair, terapi terus memberi kami peluang melebarkan sayap untuk seni kita dibawa ke pasaran yang lebih luas.

Dengan ini, kami, penggiat aktif industri muzik Malaysia, berharap kenyataan kami ini di terima pihak Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah dan Kementerian, dan kami diberi ruang memilih perwakilan kami sendiri yang akan menentukan masa depan industri muzik Malaysia.