Haramkan UMANY dan dakwa semua AJK2 dan dalang yang mencabar titah KDYMM SPB Menolak Darur

0 have signed. Let’s get to 500!


Kami memohon pihak2 berkuasa bertindak terhadap hantaran dengan tajuk "Yang Di-Pertuan Agong should not intervene in national affairs” di Facebook page ”UM Association of New Youth (Umany)" atau "Yang di-Pertuan Agong tidak sepatutnya campur tangan dalam hal ehwal negara” yang dimuat naik Persatuan Pemuda Baharu Universiti Malaya (UMANY) menerusi laman Facebook.

Kebiadapan ini turut berkait dengan solidariti sokongan UMANY terhadap gerakan reformasi politik - protes institusi raja Thailand yang mencapai kemuncak sejak September lalu

Kami mengecam tindakan University of Malaya Association of New Youth (UMANY) Dan melihat tindakan tersebut merupakan provokasi melampau terhadap intitusi Raja Berpelembagaan di Malaysia dan telahpun menimbulkan kegelisahan di kalangan rakyat.

Kenyataan mereka yang tidak bertanggungjawab ini bertentangan dengan Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa “Kuasa eksekutif Persekutuan hendaklah terletak hak pada Yang di-Pertuan Agong”.

Mahasiswa-siswi UMANY ini kelihatan tidak menghargai Rukun Negara yang antaranya adalah “Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara”?

Pautan Persatuan Universiti Malaya juga tidak disiarkan dalam Bahasa Melayu, walhal ada pula pautan dalam bahasa lain.

Rakyat jelata memandang serius hantaran-hantaran badan pelajar berdaftar berkenaan.  Sebagai rakyat yang menjunjung dan menghormati institusi beraja, kami mengutuk sebarang kenyataan yang melanggar atau bertentangan dengan prinsip tersebut,” dan memohon pihak-pihak berkuasa mengambil tindakan segera mengharamkan persatuan ini dan mendakwa semua yang terlibat.

Para pelajar yang menjadi dalang utama harus digantung pembelajarannya dan pembiayaan pinjaman pelajarannya sehingga selesai ke semua proses perbicaraannya.

Tindakan harus juga dilakukan dalam memastikan persatuan-persatuan Universiti tidak dipergunakan untuk tujuan politik dengan niat untuk agenda politik jahat yang akan mengharu-birukan negara.

Tambahan pula, Titah Yang di-Pertuan Agong juga telah dijunjung oleh ketua-ketua parti politik kerajaan mahupun pembangkang.

Mohon disiasat adakah UMANY bercakap bagi segelintir pihak dengan berselindung dibawah sebuah persatuan pelajar?  Bukankah pihak Universiti Malaya seharusnya mengharamkan persatuan tersebut sebab ianya sudah bertindak seperti sebuah parti politik pula?

Kenyataan pihak UMANY seperti menjadi jurucakap oleh sesetengah pihak yang anti kepada perlembagaan dan institusi Raja berpelembagaan di Malaysia?  Provokasi dan hasutan sedemikian amatlah bahaya kerana boleh menimbulkan keresahan dan kebencian dalam kalangan masyarakat yang boleh menyebabkan negara jatuh ke kancah huru hara.

Pengurusan Universiti Malaya terutamanya Naib Canselor yang baru seharusnya memantau aktiviti-aktiviti persatuan pelajar di Universti Terbaik di Malaysia yang mungkin diperkudakan oleh anasir2 jahat tertentu.  Bagaimana mahasiswa-siswi ini kelihatan tidak arif tentang kedudukan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara.

UMANY sebelum ini menjuarai desakan supaya Naib Canselor UM, Datuk Ir. Abdul Rahim Hj Hashim meletakkan jawatan kerana terlibat dengan Kongres Maruah Melayu.

Harap disiasat lebih mendalam kerana kelihatan persatuan ini mungkin didalangi parti politik di belakangnya.

Kami menuntut pihak Polis Diraja Malaysia untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap UMANY dan mereka yang terlibat dengan kenyataan jahat ini. Mereka perlu didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimeda 1998, Seksyen 15 serta Seksyen 16 Akta Universiti dan Kolej dan mana-mana Akta berkaitan kerana menyebar kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong. Jika disabit kesalahan UMANY perlu diharamkan kerana mampu memecah belahkan perpaduan di Malaysia.

Kami menjunjung kasih atas kebijaksanaan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk memastikan kestabilan politik negara apabila negara memerangi wabak Covid-19 yang semakin meruncing.

Kami doa-doakan semoga Malaysia terus aman dan makmur dibawah pemerintahan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong melalui sistem Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen.

Kenyataan UMANY asal pada pautan ini https://facebook.com/story.php?story_fbid=1063464650744690&id=565674567190370 (selepas dibelasah netizen mereka.padam posting)

Pautan lain boleh dirujuk di sini:

https://www.facebook.com/2263676617295172/posts/2693641830965313/

https://www.malaysia-today.net/2020/11/01/um-investigating-facebook-posting-by-anti-monarchy-anti-islam-student-body/

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=864238440984950&id=401345210607611