Kerajaan China, Berhenti Memusnahkan Masjid

Kerajaan China, Berhenti Memusnahkan Masjid

0 have signed. Let’s get to 200!
At 200 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!
REZA MOHAMAD started this petition to Chinese Government and

Masjid di China Dirosakkan oleh Pemerintah Komunis.

Assalamualaikum WBT.

Di sini saya ingin berkongsi keadaan terkini di Linxia Hui Autonomous Prefecture, di Gansu Province Barat China. Akibat kawalan ketat terhadap media dan internet, berita ini sukar untuk tembus ke luar China.

Linxia ialah sebuah wilayah autonomi untuk suku Muslim Hui di Gansu, China.
Wilayah ini juga digelar the Little Makkah of China.

Masjid-masjid di Linxia telah mula dirobohkan kubah dan menaranya atas alasan seni bina masjid yang bukan China (foreign architecture).

Sebelum ini wilayah lain seperti Xinjiang-Uyghur, Ningxia juga mengalami nasib yang sama. Tetapi Linxia tidak diganggu.
Sehinggalah baru-baru ini.

Pemerintah Parti Komunis China mengambil kesempatan ketika masjid ditutup kerana COVID-19 untuk memusnahkan masjid-masjid yang indah ini.

Sebelum ini, pemerintah China juga menurunkan semua logo حلال tulisan arab yang terpampang di restoran. Ini diturut oleh penduduk/peniaga Muslim tanpa bantahan.
Tetapi kali ini benar-benar melampaui batas, pemerintah telah menyentuh masjid yang menjadi lambang mulia syiar Islam.

Saya sertakan foto yang diambil sendiri oleh kami pada 3 Mei 2020.

Mohon pihak berkuasa seluruh dunia (Malaysia dan negara Islam khususnya) meminta penjelasan dan bantahan keras kepada pihak kerajaan/kedutaan China agar menghentikan perbuatan meroboh masjid di Linxia dan seluruh China. Mohon agar kita umat Islam seluruh dunia dapat membela dan memberi sokongan kepada Muslim China yang ditindas rejim zalim Parti Komunis China.
Penduduk Islam di China tidak ada daya dan upaya untuk melawan dan bersuara.

Keterangan Foto

Foto : Keadaan masjid Tiejia dan Masjid Qianheyan disebelahnya. 

0 have signed. Let’s get to 200!
At 200 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!