Hentikan Empangan Papar | Stop Papar Dam

0 have signed. Let’s get to 1,000!


Bantuan seluruh warga sabah adalah diperlukan bagi menghentikan pembinaan empangan papar dan juga empangan-empangan lain disebabkan perkara-perkara berikut

  1. Pembinaan empangan menghancurkan ekosistem dengan kemusnahan pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan yang mana mungkin terdapat spesis-spesis yang hampir pupus.
  2. Pembinaan empangan akan memusnahkan berjuta-juta habitat haiwan terutama spesis-spesis haiwan yang belum dikenal pasti dan sedang mengalami kepupusan
  3. Pembinaan empangan menyebabkan gangguan fizikal, emosi dan kehidupan kepada penduduk-penduduk bagi kawasan yang terlibat dengan projek ini
  4. Terdapat teknologi lain boleh digunakan seperti "Desalination Plant" yang mana ianya lebih praktikal disebabkan oleh iklim dunia sekarang yang tidak menentu dan semakin panas.
  5. Keadaan suhu dunia sekarang yang semakin meningkat akan menyebabkan paras air laut akan naik. Pada masa akan datang kawasan darat akan semakin berkurangan disebabkan oleh kenaikan paras air laut ini dan adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyelamatkan kawasan darat yang tinggal ini.

 

Beberapa perkara boleh dilaksanakan bagi membantu mengatasi masalah kekurangan air seperti;

  1. Memperbanyakkan mini catchment area yang boleh digunakan untuk mengumpul dan menyimpan air hujan. 
  2. Menjalankan kajian dan kaedah lain bagi mengatasi masalah bekalan air seperti mengenal pasti kawasan yang mempunyai air bawah tanah dan mencari kaedah bagi membolehkan "earth natural water reservoir" ini dapat di selenggara dan air yang digunakan dapat diganti semula.
  3. Meningkatkan kempen penjimatan air. Yang mana kempen seperti ini jarang sekali dilaksanakan oleh Kerajaan melalui road show dan lain lain.
  4. Memperkenalkan pengumpulan air dari rumah yang lebih efektif yang mana air-air seperti ini boleh dihantar dari rumah terus ke pusat rawatan air setempat. Ini akan mewujudkan pendapatan tambahan kepada penduduk yang terlibat dengan projek seperti ini
  5. Membuat regulasi kepada industri-industri tempatan yang banyak menggunakan air agar menggunakan kaedah "zero effluent" yang mana industri-industri seperti ini perlu mewujudkan rawatan air di kilang-kilang mereka. Industri juga merupakan pengguna air terbesar selain daripada penggunaan domestik
  6. Menggunakan teknologi "desalination plant" yang mana ini akan membuka lebih ruang pekerjaan dan teknologi ini boleh dikaji agar lebih efisien
  7. Meningkatkan pembanterasan penggunaan air secara haram

Terdapat lebih banyak pilihan lain yang boleh dibincangkan selain daripada membina empangan. Kerajaan seharusnya mencari kaedah lain yang lebih effisien dan berkesan dalam jangka masa yang panjang.

Pembinaan empangan ini bukanlah pembunaan empangan yang terakhir kerana penggunaan air akan terus meningkat. Oleh itu teknologi baru harus digunakan agar sebarang kelemahan dapat diperbaiki bagi kebaikan masa hadapan.

Tolong sokong dan kongsi.

 

Help from all sabahan is needed to stop the Papar Dam project and other Dam project due to the reason below;

  1. Dam to be build will destroy ecosystem by destroying trees, plants where there might be species that is almost extinct
  2. Dam to be built will kills millions of animal habitat especially animal species that is not yet identified and undergoing extinction
  3. Dam to be built will caused physical, mental, emotional and life disturbance to local people which was involved with this project
  4. There were other option that can be used such as desalination plant where it is much more practical due to the unexpected world climate and the increasing world temperature.
  5. World temperature is increasing thus causing sea water level to increase. In the future land will be lesser due to this problem. Thus it is our responsibility to save these lands.

 

A few things  can be done to help our water supply problem;

  1. to increase mini catchment area that can be use to collect and store rain water.
  2. To research and find other method that can solve our water suply problem such as to identify more underground water reservoir a to find ways to maintain and conserve the water that was used from the earth natural water reservoir.
  3. To increase save water campaign. Where campaign like this is seldom promoted by government through roadshow and so on.
  4. To introduce water catchment from home which is much more effective where water from this catchment will be sent from home direct to the local water treatment plant. This will create another income stream to locals who are involved with this project
  5. To regulate local industries who uses a lot of water so that they will employ zero effluent technology where these industries will need to build water and effluent treatment plant. This water treatment plant will treat the water thoroughly and it can be used again in their system. Industries was the biggest user of water other than domestic user.
  6. To use desalination plant technology where this will increase job opportunities and this technology can be further research so that it will be much more efficient
  7. To increase prevention of illegal water usage.

 There were other option that can be discussed other than to build dam. Government should employed other method that is much more efficient and effective in long run.

This will not be the last dam because water usage will increase. Thus other new technology should be used so that any ineffectiveness can be improved for our future generation

Please support and share.



Today: Leo is counting on you

Leo SM needs your help with “Chief Minister of Sabah: Stop Papar Dam”. Join Leo and 659 supporters today.