Mengapakah penerima GKP dibatalkan daripada menerima BPR ?

Mengapakah penerima GKP dibatalkan daripada menerima BPR ?
Why this petition matters
Mengapakah penerima GKP atau pasangan penerima GKP dibatalkan daripada menerima BPR dan program jaringan prihatin?
Penerima gkp ni bukannya berniaga kedai besar-besaran dan mendapat untung yang banyak. Kami peniaga kecil-kecil, mikro, gerai pasar pagi, gerai pasar malam, gerai tepi jalan sahaja. Kami menggunakan wang GKP untuk membeli barang niaga, sewa, dan lain- lain kadar bayaran untuk berniaga.
Tambahan pula, sesetengah barang niaga tidak dapat dijual kerana dikategorikan non essential. Namun, hutang barang niaga perlu dilunaskan.
BPR sewajarnya diteruskan bagi menampung makan seharian, bayar yuran sekolah untuk anak, beli barangan rumah dan lain-lain bagi meneruskan kehidupan.
Penerima GKP juga dibatalkan untuk menerima bantuan dalam program jaringan prihatin. Kami yang mempunyai anak bersekolah yang sedang belajar secara PDPR, terpaksa kami menampung beli telefon dan bayar bil telefon untuk membeli data. Data yang dibeli untuk sebulan mencecah RM50. Ini pula untuk seorang. Jika 2 atau 3 anak? Data yang perlu dibeli haruslah lebih untuk meneruskan kelas PDPR.
Haraplah isu ini dipertimbangkan dan dapat menyelesaikan masalah kami.