Kami mendesak BN dan PH menyingkirkan Najib dan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri

0 have signed. Let’s get to 200!


Petisyen dalam 3 Bahasa / Trilingual Petition / 三语请愿书

Petisyen : Malaysia Bebas daripada Perasuah dan Diktator

Kami, warganegara prihatin yang menandatangan di bawah, berpandangan bahawa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), daripada berfungsi sebagai pemangkin demokrasi, akan menjadi “perlumbaan ke paras terendah” yang membawa implikasi buruk kepada aktivisme sivik yang muncul selepas tsunami politik 2008.

Dengan ini, kami ingin mengeluarkan sebuah kenyataan bersama tentang perjuangan demokrasi semasa dan integriti pemimpinan politik seperti berikut:

Bankrapnya moral kerajaan sekarang

Tanpa perlu dipertikaikan, pentadbiran kini di bawah Perdana Menteri Najib Abdul Razak telah bankrapt moralnya. Di mana-mana negara berdemokrasi, seseorang pemimpin yang dituduh terlibat dalam skandal kewangan besar seperti 1 Malaysian Development Berhad (1MDB) perlu meletakkan jawatan ataupun menghadapi usul tidak yakin (vote of no confidence) dalam parlimen. Tetapi ini tidak berlaku di Malaysia. Maka, kerajaan Barisan Nasional (BN) akan bertanding dalam PRU-14 dengan Najib sebagai satu beban besar kerana sudah pasti beliau bukan seorang pemimpin yang kita boleh menaruhkan harapan negara.

Kekurangan legitimasi moral dalam calon Perdana Menteri Pakatan Harapan

Namun, dengan mencalonkan Mahathir Mohamad sebagai interim Perdana Menteri jikalau pertukaran kerajaan berlaku, Pakatan Harapan (PH) kini menghadapi risiko kehilangan ketinggian moral untuk memperjuangkan nilai-nilai universal seperti keadilan sosial, hak-hak asasi dan kebertanggungjawapan.

Kegagalan PH terbesar adalah kenyataan bahawa, sementara mengkritik salahlaku BN, PH menutup satu mata terhadap rekod dahsyat bekas Perdana Menteri tersebut dalam nilai demokrasi, dan memberi tanggapan kepada orang awam bahawa ia telah tunduk kepada budaya ‘bebas daripada hukuman’ dan kini meletakkan kehendak partisan lebih tinggi daripada prinsip demokrasi dan kebaikan rakyat. Penyesuaian politik ini sudah tentu bukan satu perkembangan positif kepada orang Malaysia yang mengharapkan perubahan.

Pada pandangan kami, salahlaku yang menjejaskan kepentingan negara adalah sangat serius, tidak kira ianya dilakukan oleh kerajaan sekarang atau kerajaan lepas, Ini termasuk 1MDB, tindakan keras terhadap perhimpunan Bersih, pembunuhan Teoh Beng Hock, skandal pertukaran asing yang membabitkan Bank Negara pada tahun 1990-an, Operasi Lalang pada tahun 1987, Projek IC, pemecatan bekas hakim Mahkamah Agung pada tahun 1988 dan banyak lagi. Dengan melucutkan tanggungjawab Mahathir, PH telah hilang ketinggian moral untuk mendesak penyingkiran dan pendakwaan Najib.

Kami mendesak kedua-dua pihak BN dan PH untuk menyingkirkan Najib dan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri kerana kami berpendapat bahawa mereka bertanggungjawab terhadap kerugian dana awam, penyalahgunaan kuasa dan pencabulan hak asasi manusia yang berlaku sepanjang waktu pentadbiran mereka masing-masing.

Reformasi institusi adalah langkah-langkah untuk mencegah pihak berkuasa menyalahgunakan kuasa. Ia amat penting untuk memastikan negara kita kembali ke landasannya. Maka, untuk memastikan institusi awam berfungsi dan mentadbir dengan baik, adalah amat penting orang yang berintegriti tinggi dipilih sebagai Perdana Menteri

Pengekalan budaya tidak-bertoleransi dan perkauman

Kami mengutuk segala helah politik yang berpaksikan kaum dalam hal kedudukan pemimpinan utama negara. Terutamanya, ulasan berulangkali oleh pemimpin UMNO bahawa masyarakat Melayu akan dipinggirkan di bawah satu kerajaan yang didominasi oleh DAP ‘Cina’ adalah amat menjijikkan.

Selain itu, Presiden PAS Hadi Awang telah mencadangkan secara terbuka bahawa jawatan ketua negara dan anggota kabinetnya hanya boleh dijawat oleh mereka yang ‘beraqidah Islam daripada bangsa yang paling berpengaruh’. Cadangan ini ternyata telah menafikan hak orang bukan Muslim yang dilindungi oleh Perlembagaan negara.

Kami menyeru semua parti politik menghormati hak demokrasi setiap warganegara untuk menjawat jawatan awam, ini termasuk jawatan Perdana Menteri dan kabinet, tanpa mengira latar belakang jantina, umur, kaum atau agama mereka, kerana kesesuaian penjawat awam patut ditentukan oleh integriti dan kecekapan mereka.

Akhirnya, kami ingin menekankan bahawa perjuangan demokrasi tidak patut merosot menjadi pertarungan di antara elit politik untuk mengenggam kuasa semata-mata kerana demokrasi hanya boleh ditanam dalam sebuah masyarakat sivil yang mempunyai warganegara yang diberdayakan yang bersedia untuk bangkit menuntut haknya.   

Kami ingin menggalakkan orang Malaysia untuk menjadi warganegara yang aktif dalam aktivisme komuniti dan sosial dalam kehidupan seharian mereka, dan juga melibatkan diri dalam proses membuat keputusan dalam komuniti, samaada setempat atau tahap nasional.

Ini adalah kerana demokrasi adalah lebih daripada hanya membuang undi dalam kotak undi atau meletakkan kepercayaan pada seseorang pemimpin, sebab penglibatan seseorang dalam proses politik itu amat perlu untuk membawa perubahan sebenar. 

Perkara yang paling penting adalah masyarakat sivil Malaysia telah mencapai kemajuan besar sejak 2008. Dengan mengangkat politik personaliti dalam percubaan terdesak untuk menukar kerajaan, dan bukan meneruskan perjuangan di atas pencapaian sebelum ini, berkemungkinan besar pencapaian kita setakat ini akan menjadi sia-sia sahaja.

Ambil Tindakan :

1. Sila tandatangan petisyen ini

2. Sila salin petisyen ini dan hantar kepada Ahli Parlimen / Calon Ahli Parlimen / Pemimpin BN dan PH di kawasan anda, meminta mereka menolak Najib dan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri.

Senarai emel Ahli Parlimen Malaysia : http://www.parlimen.gov.my/profile-ahli.html?uweb=dr&id=3250

Mengenai Kami

Malaysia Bebas daripada Perasuah dan Diktator adalah satu inisiatif yang dilancarkan oleh sekumpulan aktivis, penulis dan warganegara prihatin yang menyokong konsep demokrasi dan hak asasi manusia dilaksanakan dalam pembangunan masyarakat dan bangsa. Kami berasa bimbang pemimpin korup akan kembali sebagai Perdana Menteri selepas PRU-14. Kami berharap suara kami didengar oleh elit politik dan orang awam, mencari satu titik persamaan dan mengumpul sokongan daripada semua pihak untuk mendorong pemdemokrasian dalam negara kita.

Jurucakap : Lim Yi Hui

Facebook : https://www.facebook.com/bebasdpddiktator/

Email : taknakdiktator@gmail.com  

-------------------------------------------------------------------------------------------

Online Petition : Malaysia Free of Corruptors and Dictators

We, the undersigned concerned citizens, are of the view that the upcoming 14th general election (GE14), instead of serving as a catalyst for democratization, will be a ‘race to the bottom’, with severe implications for the civic activism that emerged in the wake of the 2008 political tsunami.

With this in mind, we would like to issue a joint statement on the current democratic struggle and the integrity of political leadership as follows:

The moral bankruptcy of the current government

That the current administration under Prime Minister Najib Abdul Razak is morally bankrupt is beyond dispute. In any democracy, a leader implicated in a colossal financial scandal such as 1 Malaysian Development Berhad (1MDB) would have stepped down or faced a vote of no confidence in parliament, but this is not the case in Malaysia. Thus, the ruling Barisan Nasional (BN) will enter GE14 with Najib as a liability and the incumbent is certainly not a leader to whom we can entrust the country’s future.

The lack of moral legitimacy in PH’s prime ministerial candidate

Be that as it may, Pakatan Harapan (PH), by nominating Mahathir Mohamad as interim prime minister in the event of a regime change, now risks losing its moral authority to champion universal values such as social justice, human rights and accountability.

The biggest failure of PH lies in the fact that, while pursuing relentlessly BN’s wrongdoings, it has simultaneously been turning a blind eye to the former prime minister’s appalling records on democratic values, giving the general public the impression that it has succumbed to the culture of impunity and now puts partisan interests above democratic principles and the people’s well-being. This political expediency certainly does not augur well for Malaysians yearning for change.

In our opinion, wrongdoings of national significance committed by the current or the previous administrations are equally severe, and these include 1MDB, the crackdown on the Bersih rallies, the murder of Teoh Beng Hock, Bank Negara’s forex scandal in the early 1990s, Operasi Lalang in 1987, Project IC, the sackings of the former Supreme Court judges in 1988, among many others. By absolving Mahathir of his responsibility, PH has lost the moral authority to demand for the removal and prosecution of Najib.

We call upon both BN and PH to remove Najib and Mahathir as prime ministerial candidates, as we hold them responsible for the losses of public funds, abuse of power and human rights violations during their respective administrations.

Institutional reforms, as preventive measures against abuse of power by those in authority, are crucial to getting the country back on track. It is therefore of utmost importance that people of high integrity be chosen to ensure good governance in well-functioning public institutions. 

The perpetuation of intolerance and racism

In this context, we condemn the use of race as a political ploy when it comes to key leadership positions of the country. In particular, the oft-repeated claim by Umno leaders that the Malay community would be marginalized under a government dominated by the ‘Chinese’ DAP is abhorrent.

Furthermore, PAS President Hadi Awang has openly suggested that only Muslims and members of the ‘influential race’ should be allowed to assume national leadership and form a cabinet (Islam meletakkan mestilah ketua negara dan anggota kabinetnya yang beraqidah Islam daripada bangsa yang paling berpengaruh), effectively denying non-Muslims their constitutional rights in this respect.

We urge all political parties to respect every citizen’s democratic rights to run for office, including the office of prime minister and the cabinet, regardless of their gender, age and ethnic or religious background, because the suitability of public office holders should be determined by integrity and competency.

In closing, we would like to reiterate that democratic struggle must not be reduced to a competition merely between political elites for state power, since democracy can only take root with a vibrant civil society as well as with an empowered citizenry ready to stand up for its rights.

We would like to encourage Malaysians to be an active citizen by participating in community activism and social movement in daily life, and be involved in the decision-making process at the community, local and national levels.

This is because democracy is much more than just casting one’s vote at the ballot box or pinning one’s faith on individuals, as it entails one’s participation in effecting real change throughout the political process.

Most important of all, Malaysian civil society has made tremendous progress since 2008. In appealing to personality politics in a desperate attempt at regime change instead of building on past successes, there is a strong likelihood that the hitherto achievements may go down the drain.

Take Action :

1. Please sign this online petition to give your support

2. Please copy and send this petition to member of parliament / member of parliament candidates / BN and PH leaders in your voting constituency. Demand them to remove corrupt leaders and dictators as prime ministerial candidate.

List of emails of Malaysian Members of Parliament : http://www.parlimen.gov.my/profile-ahli.html?uweb=dr&id=3250

About Us

Malaysia free of Corruptors and Dictators is an initiative launched by a group of activists, writers and concerned citizens who support the cause of democracy and human rights in societal development and nation building. We are worried by current state of the democratic struggle and the possible return of any corrupt political leader as prime minister in the GE14. We wish to make our voice heard by both political elites and general public, to search for common grounds and to garner supports from all parties to help drive the democratisation of our country as the political events unfold. 

Spokesperson : Lim Yi Hui 

Email : taknakdiktator@gmail.com 

-------------------------------------------------------------------------------------------

网络请愿书:马来西亚拒绝贪腐与独裁领袖                   

我们——以下的关心公民——认为即将来临的第十四届全国大选,非但不是民主进程的催化剂,反而将会成为「逐底竞争」,进而锐挫自2008年政治海啸涌现的公民运动。

有鉴于此,我们就目前的民主斗争与政治领袖的廉正问题作出以下联合声明:

当前政府道德沦丧

由首相纳吉(Najib Abdul Razak)所领导的当届政府业已道德沦丧是毋庸置疑的。在任何的民主制度下,一旦涉及像一马公司(1MDB)这样重大的贪腐丑闻,政治领袖就会引咎辞职或面对国会的不信任投票。然而,在马来西亚情况并非如此。因此,当前执政的国民阵线(Barisan Nasional)将在纳吉的领导下参加第十四届大选,而该党现任首领肯定不是我们可以托付国家未来的对象。

希望联盟的首相人选缺乏道德正当性

尽管如此,希望联盟(Pakatan Harapan)因着推举马哈迪(Mahathir Mohamad)为希盟执政后的过渡首相,如今也面临失去道德制高点的风险,无法捍卫诸如社会正义、人权与问责制等普世价值。

希盟最大的失败之处在于,他们一边不断声讨国阵的过错,一边却掩目不顾前首相打压民主的骇人记录,让民众觉得希盟已经屈从于免责文化,让政党利益凌驾于民主原则和人民福祉之上。这种政治投机主义显然不利于渴望改变的马来西亚人民。

我们认为,当前和过去的执政者所犯下国家层次错误皆同样严重,这包括了一马公司案件、对净选盟集会的镇压、赵明福遇害、90年代早期国家银行炒外汇丑闻、1987年的茅草行动、沙巴身份证计划、1988年前最高法院法官遭革职等等。希盟为马哈迪开脱罪责这一行径,使他们失去了足以要求将纳吉撤职查办的道德高度。

我们呼吁国阵和希盟撤除纳吉和马哈迪的首相候选人资格,因为他们都应该为他们在执政期间亏损公款、滥权和侵犯人权的事件负责。

作为预防在位者滥权的措施,体制改革对于国家重回正轨而言是必要的。因此,选出廉洁公正的官员是极为重要的,这样才能确保有效运作的公共机制实现良好治理。

持续不断的排他主义和种族主义

在这一脉络下,我们谴责那些为了竞逐国家领导权而利用种族议题作为政治技俩的手法,尤其是巫统领袖关于「马来族群将会在由『华裔』行动党主导的政府下被边缘化」这等令人憎恶的陈腔滥调。

此外,回教党主席哈迪阿旺公开建议,只有穆斯林以及「最有影响力的种族」成员才能担任国家首领并组成内阁(Islam meletakkan mestilah ketua negara dan anggota kabinetnya yang beraqidah Islam daripada bangsa yang paling berpengaruh),明显否定了非穆斯林的相关宪法权利。

我们疾呼所有政党尊重每一位公民都有竞选公职的民主权利,包括首相和内阁的职位,而且不受性别、年龄、种族和宗教背景所限,因为担任公职的资格应该是由诚信与才干所界定。

最后,我们重申,民主斗争不能被减化为纯粹是政治精英争夺国家权力的竞赛,因为只有在生机蓬勃的公民社会中,并且在赋权公民集体已准备捍卫自身权利的情况下,民主才能深入扎根。

我们呼吁马来西亚人民成为积极公民,在日常生活中投身社群组织与社会运动,并且在社区、在地与全国层次上参与决策过程。

这是因为,民主远远超越了在投票箱投下一票,或是把希望押在某些个人身上。民主需要个人在政治过程中的参与,以带来实质的改变。

重中之重,马来西亚公民社会自从2008年之后已经有了长足的进展。如果为了达到政权更替而孤注一掷,放弃过去公民社会累积起来的成就,转而诉诸个人崇拜政治,那么迄今为止的发展极有可能功亏一篑。

采取行动:

1. 您可以联署这份网络请愿书

2. 您可以将这份请愿书发给您选区的国会议员 / 国会议员候选人 / 国阵或希盟领袖,要求他们拒绝贪腐与独裁领袖担任首相候选人。

马来西亚所有国会议员的联络电邮:http://www.parlimen.gov.my/profile-ahli.html?uweb=dr&id=3250

关于我们

马来西亚拒绝贪腐与独裁领袖是由一群社运分子、写作人以及关心国家命运的公民所发起的,我们支持在社会发展和国家建造过程中实现民主与人权。我们担忧民主斗争的当前状况,以及任何腐败领袖在第十四届大选中再度担任首相的可能性。我们希望能将我们的心声传达给政治精英和普罗大众,寻求共识并汇聚各方力量,以便在国家的政治发展中推动民主进程。

发言人:林奕慧

联系方式:taknakdiktator@gmail.com 

 

 

 

 



Today: Malaysia Bebas daripada Perasuah dan Diktator is counting on you

Malaysia Bebas daripada Perasuah dan Diktator needs your help with “Barisan Nasional Chairman Najib Razak: We call upon both BN and PH to remove Najib and Mahathir as prime ministerial candidates”. Join Malaysia Bebas daripada Perasuah dan Diktator and 140 supporters today.