Bantahan Terhadap Penutupan Operasi Pusat Internet

0 have signed. Let’s get to 7,500!


PENGENALAN PUSAT INTERNET (PI)

Pusat Internet (PI) merupakan projek yang dijalankan oleh SKMM di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat(PPS). Projek ini telah beroperasi sejak tahun 2007 dengan bermula pembinaan sebanyak 12 Pusat sebagai projek perintis dan diteruskan sehingga kini. Sehingga 2018 terdapat 867 buah Pusat Internet seluruh negara yang beroperasi setiap hari dan ditutup hanya pada cuti umum sahaja.

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) atau Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti bandar dan luar bandar menikmati kebaikan internet ini.

Secara umumnya, Pusat Internet ini berfungsi sebagai pusat perkhidmatan dan latihan ICT untuk komuniti di kawasan bandar dan luar bandar tanpa mengira usia dan bangsa dan meningkatkan taraf sosial dan ekonomi.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan inisiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti bandar dan luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif Pusat Internet (PI):
1) Kemudahan akses internet secara kolektif
2) Pendedahan teknologi IT kepada penduduk bandar dan luar bandar
3) Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
4) Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar
5) Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan

 ISU YANG INGIN DIKETENGAHKAN

Isu ini dibangkitkan kerana komuniti setempat tidak berpuas hati dengan beberapa buah Pusat Internet yang bakal menamatkan operasinya pada 31 Disember 2018. Masyarakat setempat di kawasan bandar atau luar bandar masih memerlukan kemudahan dan perkhidmatan ICT di Pusat Internet ini. 

Berikut adalah faktor operasi Pusat Internet perlu dikekalkan untuk komuniti:

1) Setiap kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan di Pusat Internet adalah tidak sama berbanding cybercafe - Contohnya perkhidmatan penggunaan Pusat Internet seperti fotostat, mencetak, laminating dan sebagainya adalah murah dan bersesuaian dengan pendapatan komuniti setempat.

2) Waktu operasi Pusat Internet yang sangat fleksibel untuk komuniti mendapatkan penggunaan internet kerana dibuka setiap hari - Komuniti yang bekerja dapat menghadiri kelas ICT yang dijalankan di Pusat Internet pada hari cuti mereka tanpa sebarang kekangan waktu.

3) Komuniti juga masih memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar daripada petugas-petugas Pusat Internet berkenaan ICT - Pusat Internet menjadi tempat rujukan jika mempunyai masalah berkaitan ICT. Ketiadaan Pusat Internet amat membebankan komuniti setempat dan menjadi kurang dalam ilmu teknologi kerana tiada bimbingan dan kemudahan seperti ini.

4) Medium Penyebaran Kesedaran Penggunaan Internet - Pusat Internet banyak membantu komuniti dalam kesedaran penggunaan internet secara positif bagi membendung masalah penyalahgunaan internet. Program 'Klik Dengan Bijak' yang dianjurkan SKMM membuka minda terhadap jenayah-jenayah siber yang menular masa kini.

5) Tempat latihan Keusahawanan - Usahawan setempat dapat menghadiri kelas Keusahawanan yang di anjurkan seperti E-Rezeki, Media Sosial (Facebook/Instagram/Whatsapp), E-Commerce (Mudah.my, Lelong.com) dan sebagainya bagi meningkatkan kemahiran perniagaan secara atas talian.

CADANGAN

Kami merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan tidak terhingga atas keprihatinan Yang Berhormat Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia terhadap pusat internet di seluruh negara di sesi Parlimen yang lalu.

Selaras dengan kenyataan Yang Berhormat Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi Multimedia Malaysia sebelum ini yang dibentangkan di parlimen bersama sama dengan kementerian sedang melihat langkah-langkah untuk menaik taraf pusat internet yang dibina kerajaan di seluruh negara.

Sehubungan dengan itu, kami mewakili komuniti Pusat Internet bersepakat dan bersetuju mengemukakan petisyen untuk menyuarakan hasrat mengkaji semula mengenai isu penamatan operasi Pusat Internet ini kerana ianya memberikan impak positif kepada masyarakat.

PENUTUP

Maka dengan ini kami tandatangan bersama petisyen ini memohon jasa baik Yang Berhormat Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi Multimedia Malaysia bagi pihak Kementerian dalam mempertimbangkan rayuan kami. Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat kerana telah sedaya upaya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kami. Segala kerjasama dan perhatian daripada Yang Berhormat untuk menerima petisyen ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

 Yang benar,

 WAKIL KOMUNITI (Pusat Internet yang bakal ditutup di beberapa negeri)



Today: Wakil Komuniti is counting on you

Wakil Komuniti Pusat Internet seluruh negeri needs your help with “Bantahan Terhadap Penutupan Operasi Pusat Internet”. Join Wakil Komuniti and 6,851 supporters today.