Bantahan Risiko Keselamatan & Keperluan Projek Scotia Commerce Lot 850 Bukit Antarabangsa

Bantahan Risiko Keselamatan & Keperluan Projek Scotia Commerce Lot 850 Bukit Antarabangsa

Started
1 December 2020
Petition to
Majlis Perbandaran Ampang Jaya and 2 others
Signatures: 1,324Next Goal: 1,500
Support now

Why this petition matters

Started by MH Mukhtar

Penduduk di Bukit Antarabangsa tiba-tiba melihat papan tanda biru dan pembersihan dan kerja tanah mula dijalankan di Jalan Wangsa 1 pada awal bulan Oktober 2020.

Penduduk di sini bukanlah anti pembangunan, tetapi kerana kawasan ini dan sekitarnya telah mengalami 21 kejadian tanah runtuh dan tragedi dan yang paling serius melibatkan Highland Towers dan Banglo Taman Bukit Mewah di mana 48 dan 4 nyawa telah melayang masing-masing. Kami keliru kerana pihak berwajib tidak memberikan penerangan terbuka kepada kami tentang projek ini sedangkan kami terpaksa menanggung risiko yang serupa.

Projek ini telah dibantah sejak tahun 2016. Untuk mengetahui latarbelakang, penduduk terpaksa mencari maklumat sendiri di dalam akhbar-akhbar.

SEKARANG PROJEK INI TELAH DILULUSKAN MPAJ TANPA PENERANGAN SECARA TERBUKA ATAU JAMINAN KESELAMATAN YANG MEMADAI KEPADA PENDUDUK-PENDUDUK YANG MERUPAKAN PEMBAYAR CUKAI KEPADA MPAJ.

PENDUDUK-PENDUDUK BUKIT ANTARABANGSA DAN SEKITARNYA BERHAK MENGAMBIL TINDAKAN SELANJUTNYA SEKIRANYA KERISAUAN DAN KERESAHAN KAMI TIDAK DIPEDULIKAN.

Terlalu banyak tandatanya tentang keperluan membina 2 bangunan pejabat di lereng bukit ini kerana ramai sudah maklum di Kuala Lumpur dan Selangor sudah terdapat terlalu banyak ruang pejabat yang masih kosong (office space glut). Adakah projek ini akan dibangunkan dengan lestari, dengan penyelenggaraan yang berwaspada dan juga memberi tambah nilai kepada Bukit Antarabangsa, bukan untuk menjadi projek yang tergendala atau projek yang tidak diurus dengan selamat. Warga Bukit Antarabangsa perlukan jaminan ini supaya kesemua pihak dapat menikmati kualiti hidup yang makmur pada masa akan datang.

SATU PERSOALAN LAGI ADALAKAH PEMAJU SCOTIA COMMERCE BERHAD MEMPUNYAI PENGALAMAN DAN KETEKUNAN UNTUK MEMBINA DI KAWASAN LERENG BUKIT TANPA MENJEJASKAN KESELAMATAN DAN KESELESAAN KAMI, PENDUDUK BUKIT ANTARABANGSA? 

 Laporan-laporan media akhbar berkaitan-

https://www.thestar.com.my/metro/community/2016/03/17/residents-want-mpaj-to-release-eia-of-bukit-antarabangsa-project

https://themalaysianinsider.wordpress.com/2016/02/29/no-green-light-for-bukit-antarabangsa-development-says-council-president/

https://www.sinarharian.com.my/article/104349/EDISI/Selangor-KL/Bantahan-penduduk-Bukit-Antarabangsa

https://www.sinarharian.com.my/article/104593/EDISI/Selangor-KL/Permohonan-pembangunan-telah-diluluskan-Januari-2019-MPAJ

 

Support now
Signatures: 1,324Next Goal: 1,500
Support now

Decision-Makers