BANTAH DRAF RANCANGAN TEMPATAN KUALA LANGAT (PENGUBAHAN 2) 2030 | 反对2030年瓜拉冷岳地方蓝图(第2版修订)

0 have signed. Let’s get to 1,500!


கோலா லங்காட் உள்ளூர் திட்ட வரைவு எதிர்ப்பு (மாற்றம் 2) 2030

(中文版在下面)

Kepada:

Dato' Seri Amirudin Bin Shari, Menteri Besar Selangor

Dato’ Amirul Azizan bin Dato’ Sri Abd Rahim, Yang Dipertua,Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL)

Tuan Ng Sze Han, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor

Dato’ Teng Chang Khim, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perdagangan & Perindustrian dan Industri Kecil dan Sederhana, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.

24 Ahli-Ahli Majlis MPKL


Tuan-tuan

KAMI MEMBANTAH DRAF RANCANGAN TEMPATAN KUALA LANGAT (PENGUBAHAN 2) 2030

Pindaan kepada Rancangan Tempatan Kuala Langat (RTKL) 2030 sedang dipamerkan di Ruang Legar, Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) dari 4 Januari 2021 hingga 29 Januari 2021.

Dengan petisi ini, kami:

1.      Membantah draf RTKL (Pengubahan 2) 2030.

2.      Memohon jawatankuasa siasatan dan pendengaran awam ditubuhkan untuk mempertimbangkan bantahan kami.

3.      Meminta penangguhan tarikh akhir bantahan draf pindaan RTKL 2030 sehingga PKP tamat kerana MPKL kini tutup dan orang ramai tidak dapat mengambil bahagian.

Berikut senarai bantahan kami dan alasan-alasan mengapa kami MEMBANTAH DRAF RTKL (PENGUBAHAN 2) 2030:


1.      NCT Land Sdn. Bhd. memohon supaya zon gunatanah untuk Lot 12193 (494 ekar) di Bandar Seri Ehsan ditukarkan dari Pertanian ke Industri.
         a.       Tiada penjelasan diberi untuk pertukaran zon gunatanah ini. Apakah jenis industri yang dicadangkan – ringan, sederhana, berat, khas?
         b.      Terdapat kawasan perumahan di Bandar Seri Ehsan. Berapa jauh zon penampan antara penduduk dengan industri berat?
         c.       Lokasi cadangan adalah berdekatan dengan Pusat Pelupusan Sisa Pepejal Tanjung Dua Belas (Worldwide). Adakah industri yang dibangunkan melibatkan pemprosesan sisa pepejal atau proses kitar semula?

2.      Lion Group mencadangkan pembinaan jeti serta jajaran jalan perhubungan bagi aktiviti import dan eksport bahan mineral.
         a.       Berapa ekar dan lokasi Hutan Simpan Kuala Langat Selatan akan dijejaskan oleh jajaran jalan ini?
         b.      Bagaimana jalan raya ini akan menjejaskan Sg Kelambu dan Bandar Seri Ehsan?
         c.       Adakah loji air di Labohan Dagang akan dijejas? Berapa jauh jalan raya dan industri daripada loji air Labohan Dagang?

3.      MPKL ingin mengurangkan zon penampan kawasan industri berat daripada 500m kepada 300m.
         a.       Adalah tanggungjawab kerajaan untuk menjaga keselamatan dan kebaikan orang ramai.
         b.      Pakar-pakar menegaskan bahawa zon penampan perlu ditambah. Ini jelas dinampak di Pasir Gudang, Johor, di mana kesihatan penduduk dan alam sekitar teruk dijejaskan oleh pembangunan yang tidak dirancang baik. 

                  i.  Berita Harian, 2 Julai 2019, “EKSKLUSIF: Jarak zon penampan tidak lagi relevan”,  https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/580376/eksklusif-jarak-zon-penampan-tidak-lagi-relevan

“Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Ir Dr Zulkifli Abdul Rashid, berkata… industri berat merangkumi kilang yang operasinya terbabit dengan bahan kimia berbahaya mengikut kelas tertentu seperti mudah terbakar, meletup dan bertoksik. Ketika ini radius yang ditetapkan bagi industi berat tidak lebih 500 meter daripada kawasan penempatan. Bagi saya, jarak yang ideal adalah antara satu hingga dua kilometer daripada kawasan penempatan awam atau aktiviti manusia.”

                  ii.    The Star, 2 Julai 2019, “Govt prepare to study extending industry-residential buffer zone parameters”, https://www.nst.com.my/news/government-public-policy/2019/07/500952/govt-prepared-study-extending-industry-residential

“Deputy Housing and Local Government Minister, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah, said a review of the existing buffer zone specifications should have been done a long time ago. ‘When it comes to chemical plants or heavy industries, I feel that the distance must be reviewed so that there is a more reasonable distance.’ ”

4.      Kami membantah tegas industri kitar semula sisa sisa pepejal import  dibangunkan di Kuala Langat dan juga membantah pembinaan insinerator berdekatan dengan penduduk, terutamanya di sekeliling loji air Labohan Dagang (Olak Lempit).
         a.       Penduduk di sekitar Kuala Langat telah banyak menderita akibat pencemaran udara apabila sisa pepejal negara asing (terutamanya sisa plastic) dibawa masuk dan diproses, dibakar atau dibuang di sini secara besar-besaran sejak tahun 2018.         
         b.      Kerajaan negara China melarang pengimportan sisa-sisa pepejal kerana pihak berkuasa tidak dapat mengawal penyeludupan sisa-sisa serta pencemaran udara, darat dan air yang diakibatkan pemprosesan sisa negara asing ini. Kita jangan ambil alih menjadi tong sampah dunia!
         c.       Kes-kes pencemaran alam sekitar oleh industri-industri yang semakin bertambah. Ini jelas menujukkan bahawa  pemantauan dan pelaksanaan undang-undang tidak mencukupi untuk melindungi alam sekitar. Kami perlu menegaskan langkah-langkah pencegahan.

Sekali lagi, kami bantah draft RTKL ( Pengubahan 2 ) 2030. Kami menekankan bahawa maklumat yang mencukupi perlu diberi kepada orang ramai supaya pengurusan dan pembangunan Kuala Langat adalah telus, mempunyai akauntabiliti dan integriti, dan melibatkan penyertaan awam secara berkesan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Gabungan Lestari Alam Kuala Langat (GLAmKL)

1. Persatuan Tindakan Alam Sekitar Kuala Langat (PTASKL)
2. Persatuan Penggerak Komuniti Banting (PPKB)
3. Persatuan Penduduk Taman Sri Jarom Mas, Jenjarom
4. SUARAM (Suara Rakyat Malaysia)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

TANDATANGAN PETISI INI JIKA KAMU SETUJU MEMBANTAH DRAF RTKL (PENGUBAHAN 2) 2030.

Mari kita bersama-sama memantau pembangunan Kuala Langat. Jangan biar Kuala Langat menjadi tempat longgokan sampah dunia ! Jangan biar industri berat dibangunkan di kampung kita!

-----------------------------------------------------------------------

致:

雪州大臣——阿米鲁丁沙利

瓜冷市议会主席——拿督阿米鲁阿兹占

黄思汉——雪州地方政府、公共交通以及新村发展事务行政议员

拿督邓章钦——雪州投资、工商及中小型工业行政议员

24位瓜拉冷岳市议员

我们反对2030年瓜拉冷岳地方蓝图(第2版修订)

2030年瓜拉冷岳地方蓝图(第2版修订)从2021年1月4日至1月29日,在瓜拉冷岳市议会(MPKL)大厅展示。

在此,我们:

1)    反对2030年瓜拉冷岳地方蓝图(第2版修订)。

2)  要求成立调查委员会及召开公听会,以评估处理人民的诉求

3)  要求展延”反对2030年瓜拉冷岳地方蓝图(第2版修订)”的截止日期至目前的行管令结束为止,因为目前瓜冷市议会关闭,公众无法参与此项活动。


以下为我们反对2030年瓜拉冷岳地方蓝图(第2版修订)的原因:

1.         NCT Land Sdn. Bhd计划申请将Bandar Seri Ehsan农耕地Lot12193(494英亩)转换为工业地。
          a.           针对此项土地用途转换并没有任何的解释。计划中所建议的工业属于哪种类型:轻型、中型、重型或特殊型?
          b.           里头有住宅区。计划中的重工业区块与民宅的距离是多远?
          c.           计划中的区域与Tanjung Dua Belas (Worldwide)固体废料处理中心毗邻。当中计划的工业是否涉及高污染固体废料处理或资源回收?

2.         金狮集团(Lion Group)建议为进出口生产原料活动建造码头及连结道路。
           a.           多少英亩的瓜冷南部森林保留地将因为陆路开发而受损?
           b.           建议开发的陆路是否影响 Sg Kelambu 及 Bandar Seri Ehsan?
           c.           位于Labohan Dagang的滤水厂水质是否将受影响?工业区与滤水厂的距离多远?

3.          瓜冷市议会有意将重工业区与住宅区的缓冲区距离从500米缩短至300米。                 

           a.           政府有责保障人民的安全与福祉。
           b.           专家认为工业和住宅缓冲区需要被增加。就如柔佛州的巴西古当(Pasir Gudang)的居民目前遭受发展规划不妥所衍生的健康与生态问题。

                     i. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/580376/eksklusif-jarak-zon-penampan-tidak-lagi-relevan

玛拉工艺大学化学工程系高级讲师Ir Dr Zulkifli Abdul Rashid认为重型工业的制造过程涵盖易燃、易爆及剧毒性的危险化学成分(依据等级)。依据现况,重工业与民宅的缓冲区不超过500米。我认为理想中的距离应该是相隔住宅区或人们消遣的场所一至两公里。

                     ii.      https://www.nst.com.my/news/government-public-policy/2019/07/500952/govt-prepared-study-extending-industry-residential

地方政府与房屋副部长拿督拉惹卡马鲁认为缓冲区的级别规划应该早前就规划好。当涵盖化学或重工业领域的时候,我觉得之间的距离需要被探讨至合理的距离。

4.         我们坚决反对于瓜冷设立进口固体废料处理厂及建造靠近住宅区的焚化炉厂,尤其在Labohan Dagang滤水厂一带。
         a.           瓜冷的住户长期遭受空气污染的问题,尤其是自2018年以来,大量洋垃圾(主要是固体塑料)在此处丢弃、焚烧及处理。
         b.           中国政府禁止固体废料的进口,因为有关当局无法杜绝及控制这些因处理洋垃圾而衍生的空气、陆地及水源污染问题。因此,我们不应该转换瓜拉冷岳区成为世界的垃圾桶!
         c.           工业所引发的种种环境污染问题证明了监管与执法并不足以解决这方面的问题。我们需要关注的是预防措施。

在此,我们重申反对2030年瓜拉冷岳地方蓝图(第2版修订)。我们认为人民应该获取相关计划的详细资料,以确保瓜拉冷岳的地方发展具透明化、公信力与完整性。并确保有效的公众参与度。

谢谢。

来自以下单位:

Gabungan Lestari Alam Kuala Langat (GLAmKL)

1. Persatuan Tindakan Alam Sekitar Kuala Langat (PTASKL)
2. Persatuan Penggerak Komuniti Banting (PPKB)
3. Persatuan Penduduk Taman Sri Jarom Mas, Jenjarom
4. SUARAM (Suara Rakyat Malaysia)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

请参与联署,如您认同反对2030年瓜拉冷岳地方蓝图(第2版修订)。

让我们一起监督瓜拉冷岳的地方发展。不要让它成为世界垃圾囤积he chu ki的地方!拒绝在我们的家园发展重工业!