Bantah Nadir Bumi di HS Bukit Enggang... No REE Mining at HS Bukit Enggang

Bantah Nadir Bumi di HS Bukit Enggang... No REE Mining at HS Bukit Enggang
Why this petition matters

Hasil bumi Kedah telah dicuri!
Sudahlah melombong secara haram, dibuat pula dekat dengan sumber air bersih bagi penduduk setempat.
Inilah kes lombong haram Rare Earth Element (REE) yang berlaku di Hutan Simpan Bukit Enggang.
Semua ini bermula pada 2020 bila Kerajaan Kedah luluskan Lesen Eksplorasi kepada Prospek Suria Sdn. Bhd. bersama-sama Menteri Besar Incorporated (MBI).
Sungguhpun penceroboh telah didakwa, kita kena pastikan tidak ada sebarang lesen perlombongan diluluskan!
Tandatangan petisyen ini untuk menghentikan pengeluaran lesen perlombongan di kawasan Hutan Simpan Kekal.
Maklumat Tambahan
1. Kenapa REE tidak boleh di lombong di dalam Hutan Simpan?
Nadir Bumi tiada di dalam tafsiran “HASIL HUTAN” berdasarkan Seksyen 2 (1) (a), Akta Perhutanan Negara 1984.
2. Apakah Kesan Perlombongan REE terhadap Alam Sekitar?
- Majoriti Penduduk di sekitar HS Bukit Enggang menggunakan sumber air bersih dari HSBE sebagai punca air utama kerana SADA tidak dapat membekalkan sumber air bersih secara konsisten
Radioaktif paras rendah daripada kehadiran torium dan uranium dalam unsur nadir bumi berpotensi mendatangkan bahaya dan pengendalian yang tidak sempurna bahan ini boleh mengakibatkan kerosakan kesihatan dan alam sekitar yang amat besar sekali.
Torium dan uranium kekal radioaktif selama beratus tahun dan pendedahan kepadanya dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser pankreas ,paru-paru, dan lain-lain.
Perlombongan unsur nadir bumi telah menyebabkan pencemaran tanah dan air. Sisa radioaktif boleh melarut resap ke dalam persekitaran akuatik dan diserapkan oleh tumbuh-tumbuhan akuatik yang kemudiannya boleh terkumpul secara biologi dan berpotensi memasuki rantaian makanan manusia jika haiwan ternakan atau manusia memilih untuk memakan tumbuh-tumbuhan.
Seperti yang berlaku di wilayah Jiangzxi, perlombongan nadir bumi telah membawa kepada pencemaran tanah dan air yang meluas serta kerja-kerja pembersihan di tapak yang tercemar beranggaran 38 bilion yuan (RM23.69 bilion) oleh Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China.
3. Kronologi perlombongan haram REE
12/2020 : Pengumuman Lesen Ekplorasi Nadir Bumi oleh MB Kedah
- Di Dalam Hutan Simpan Bukit Enggang
- Lesen Ekplorasi : Prospek Suria Sdn. Bhd. Yang usahasama dengan Menteri Besar Incorporated (MBI)
- Terdapat Projek Ladang Hutan dan Ladang Solar berdekatan dengan tapak Ekplorasi
04/2022 : Penduuduk curiga kehadiran lori keluar masuk
- Penduduk mula curiga aktiviti lori keluar masuk kerap.
- NGO & Penduduk mula memantau pergerakkan sindiket
07/2022 : Laporan Polis
- 12/07/2022 Wakil Penduduk membuat laporan Polis
- Tiada Tindakan dari laporan Polis
09/2022 : REE Di curi terbongkar
- Lori yang di syaki mengangkut REE terlibat dengan kemalangan. 185 guni unsur di rampas anggaran RM3 juta
- Di syaki mencuci bahan mentah di Tasik Beris
- Sampel di hantar ke makmal JMG untuk pengujian makmal
10/2022 : Pendakwaan
- Penceroboh di dakwa RM130k di atas dakwaan ceroboh Hutan Simpan
- Hanya seorang yang menjalanakan aktiviti haram ini??
- Keputusan Ujian Makmal belum di laporkan kepada umum
Setelah hampir 2 tahun Lesen Ekplorasi di berikan masih tiada laporan rasmi penemuaan hasil kajian di kemukakan kepada awam