Cegahkan Diabetes di Singapura!

Cegahkan Diabetes di Singapura!

0 have signed. Let’s get to 100!
At 100 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!
Sekolah Sains dan Teknologi started this petition to You

Tentang Kami:

Kami, Muhammad Adam Aqasha (S3-06) dan Mohamad Zuhairi (S3-07), ialah pelajar-pelajar  dari Sekolah  Sains dan Teknologi, Singapura. Masyarakat Melayu dianggap  masyarakat yang paling tidak sihat di Singapura, kerana ramai orang Melayu yang menghidapi penyakit kencing manis. Kami harap dengan kempen ini, kesedaran tentang penyakit kencing manis dapat dipertingkat dan masalah kesihatan ini dapat dikurangkan. 

Kenapa Diabetes?

Diabetes, atau kencing manis, terjadi apabila kandungan gula terlalu tinggi di dalam aliran darah sehingga mengakibatkan kesan terhadap badan.  Ia merupakan satu penyakit yang paling menjejas  masyarakat Melayu. Sebagai contoh, di Singapura, 1 dalam 10 orang anggota masyarakat Melayu menghidapi penyakit berbahaya ini.

Kami sedar bahawa untuk mengatasi penyakit kencing manis, hanya kamu yang dapat mengelakkan diri daripadanya. Hanya dengan niat dan usaha bolehlah anda kurangkan risiko menghadapi penyakit kencing manis. Lihatlah laman web kami di https://sites.google.com/s2017.sst.edu.sg/diabetes-di-singapura-sst/cara-cara-untuk-mengatasinya untuk mendapatkan infomasi lebih lanjut.

Tolonglah kami meningkatkan kesedaran tentang penyakit kencing manis di Singapura. Sebarlah petition ini kepada rakan-rakan dan keluarga anda! Jangan lupa untuk berikrar kepada sebab kami!

Terima kasih!

0 have signed. Let’s get to 100!
At 100 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!