KEKALKAN IPG KAMPUS PERLIS

0 have signed. Let’s get to 5,000!


Pada 21 September  1999, nama Maktab Perguruan  Perlis telah diisytihar dan dirasmikan oleh pemimpin kebanggaan rakyat iaitu YAB Tun Dr Mahathir Bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu. Maktab Perguruan  Perlis giat  mengembangkan sayap sinarnya dalam memberi sumbangan yang berfaedah dan dapat dimanfaatkan  oleh  semua pihak khususnya masyarakat pendidik di Perlis.

          Nama Maktab Perguruan Perlis telah dipinda melalui Perintah Institusi – Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Jadual Pertama) (Pindaan) (No.2) 2009 (P.U.) (A) 358 yang telah dikuatkuasakan pada 8 Oktober 2009 kepada INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS.

          Namun pada 2016 dalam kerajaan Barisan Nasional telah membuat keputusan untuk menutup Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis (IPG Kampus Perlis) dan menggantikan dengan Politeknik tanpa alasan yang kukuh dan relevan. Wal hal terbukti menunjukkan pencapaian yang cemerlang dari sudut kurikulum dan kokurikulum. Seluruh Malaysia terdapat 9 buah IPG yang ditutup dan ditukar  kepada Politeknik dan PERMATA.

Terdapat beberapa alasan kukuh mengapa IPG Kampus Perlis harus dikekalkan. Berikut ialah alasan yang relevan yang telah disenaraikan.

 1.  IPG Kampus Perlis Telah Melahirkan  Ramai Graduan Berkualiti.

          Sejak Konvoksyen  PISMP Kali Pertama di PICC pada 16 Mac 2011 di PICC, Putrajaya  hingga 2018 banyak graduan yang berkualiti yang kini menjadi pendidik di seluruh Malayisa. Hal ini kerana kurikulum di IPG sangat sesuai dan pratikal dengan keperluan di sekolah.  Contohnya subjek yang menjurus kepada pedagogi, Bina Insan Guru, Gerak Kokurikulum(GERKO), Pengalaman Berasas Sekolah, Pratikum, latihan amali, dan lain-lain.

2. Peranan Sekolah Dalam Institut

          Sejak awal 2009 sebuah sekolah dibina dalam IPG Kampus Perlis dan dinamakan SK IPGM Kampus Perlis. Sekolah ini berperanan sebagai makmal pendidikan sebagai contoh  dijadikan projek rintis pendidikan dan apa jua penyelidikan dalam bidang pendidikan. Memandangkan ia terletak dalam kampus maka ia memudahkan pemantauan dari pihak pensyarah dan juga guru pelatih. Satu Wacana Teahing School juga telah diadakan di Executive Development Centre, Universiti Utara Malaysia pada 23-25 November 2009 untuk membincangkan keberkesanan sekolah dalam institut ini.

3. Pusat Kokurikulum Yang Lengkap

          Di dalam IPG Kampus Perlis juga terdapat pusat kokurikulum yang sangat sesuai dijadikan aktiviti kokurikulum seperti  perkhemahan, kem bina semangat dan sebagainya.  Pusat kokurikulum ini  juga mempunyai banyak  kemudahan seperti tasik, dewan, tapak perkhemahan, abseiling, tandas, alatan kayak dan lain-lain. Banyak sekolah-sekolah luar juga menggunakan pusat kokurikulum ini untuk menjalankan aktiviti mereka. Selain itu tenaga pakar untuk mengendalikan aktiviti seperti abseiling juga ialah pensyarah IPG Kampus Perlis.

Kesimpulannya amat tidak wajar IPG  Kampus Perlis ditutup kerana terlalu banyak manfaat yang diperoleh darinya. Jika ditutup maka satu pembaziran yang besar untuk seluruh warga pendidik. Oleh itu kami dari Alumni IPG Kampus Perlis menyokong penuh IPG Kampus Perlis dikekalkan bagi memenuhi keperluan pendidikan masa kini.

          Oleh itu, kerajaan Pakatan Harapan yang memerintah kini diharap dapat membuat pertimbangan dan perubahan terhadap keputusan dari kerajaan terdahulu.



Today: ABDUL MUIZ is counting on you

ABDUL MUIZ HUSSIN needs your help with “Alumni IPG Kampus Perlis : KEKALKAN IPG KAMPUS PERLIS”. Join ABDUL MUIZ and 2,606 supporters today.