MALAYSIAN WISHLIST TO NEW IGP

MALAYSIAN WISHLIST TO NEW IGP
Why this petition matters

WISHLIST – HARAPAN RAKYAT MALAYSIA KEPADA
YANG BERBAHAGIA DATO’ SERI ACRYL SANI ABDULLAH SANI
KETUA POLIS NEGARA
PENDAHULUAN:
Adalah diakui bahawa PDRM telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan baik selama ini dan ianya memerlukan penambahbaikan secara berterusan (Continuous Improvement).
Namun, banyak juga masalah kritikal yang memerlukan tindakan segera daripada seorang ketua baharu yang tegas, amanah, berintegriti dan sayangkan negara seperti YBhg. Dato’ Seri.
PERKARA 1:
PENAMBAHBAIKAN DALAMAN PDRM
i. Membanteras 'scammer' dan perjudian tanpa lesen khasnya ‘online gambling’ habis habisan.
ii. Meningkatkan kebajikan anggota pada semua peringkat dalam PDRM bagi memastikan mereka dapat bertugas dengan selesa.
iii. Merancang penambahbaikan perkhidmatan PDRM melalui teknologi terkini dan aplikasi strategik demi masa depan negara.
iv. Merealisasikan objektif penubuhan IPCC demi mengukuhkan imej polis.
v. Menjauhkan diri daripada pengaruh orang politik atau politik yang tidak sihat.
VI. Memberi perlindungan kepada ‘whistleblowers’ dan bukannya siasat pula mereka! Lebih ramai rakyat akan tampil beri maklumat mengenai salahguna kuasa, rasuah dan lain-lain hal jenayah jika mereka benar-benar dilindungi.
V. PDRM dilihat amalkan ‘double standard’ dalam hal berkaitan siasatan melibatkan orang politik atau individu yang berkedudukan tinggi. Tolonglah hentikan amalan ini…
VI. PDRM perlu buktikan bahawa mereka tidak dikawal oleh mana-mana kartel atau mafia. Tolong jangan tolak ansur ansur atau melindungi anggota PDRM yang telah ‘dibeli’ ini.
VII. Cara siasatan tahanan hendaklah diperkemas dan dipertingkatkan profesionalismanya. Kematian semasa siasatan pasti memberi reputasi buruk kepada PDRM. Perlu ada CCTV dalam semua bilik siasatan dan lokap.
Viii Adakan sistem media sosial khas (talian peribadi khas KPN) untuk mendengar sendiri maklum balas daripada rakyat dan NGO dan ambil tindakan yang perlu.
ix. Pegawai Kanan polis perlu digalakkan turun padang mendengar pandangan masyarakat. Pendekatan 'bottom up' perlu diberikan perhatian. Masyarakat perlu berasa selamat dan diberikan layanan yang adil.
x. Perlu ada satu kempen khas untuk anggota PDRM menjauhi ‘macai kartel’. Jika ada anggota yang dituduh makan wang ‘kawtim’, segera pindahkan mereka sekurang-kurangnya 360 km dari lokasi bertugas di jauh dari kampung halaman mereka.
xi. Terlampau ramai pendatang asing tanpa izin (PATI) bergerak bebas tanpa dokumen di negara ini kerana dilindungi. Mohonlah IGP lakukan sesuatu demi keselamatan negara ini.
xii. Ramai pegawai PDRM yang mempunyai aset yang luar biasa dan hidup secara mewah keterlaluan. Kami mohon supaya mereka dipantau dari semasa ke semasa dan ambil tindakan punitif jika perlu.
Perkara 2
Idea & Cadangan daripada Ahli-ahli MCW
i. Program propaganda; Pendidikan dan Kesedaran yang berterusan.
ii. Kajian semula skop tugasan PDRM, Mekanisme dan akta baharu yang bersesuaian. Cadangan kepada pihak KDN adalah amat perlu dan disegerakan.
iii. Pemilihan anggota, latihan berterusan dan ketegasan yang perlu diteliti semula. Amalkan meritokrasi.
iv. Laksanakan semua langkah-langkah khas dan kempen khusus berkaitan antirasuah serta integriti dalam PDRM seperti yang telah dirancang.
v. KOMITMEN MCW / KERJASAMA STRATEGIK MCW BERSAMA PDRM.
a. Cadangan menjalankan aktiviti & program bersama PDRM.
b. Pelaksanaan khidmat pemerhatian secara berterusan ke atas permasalahan sosial @ jenayah yang sedang berlaku.